Harga minyak global melonjak tinggi selepas Iran beri amaran akan bertindak balas

ANKARA – Harga minyak global terus melonjak tinggi pada Jumaat berikutan laporan berita bahawa Iran sedang bersiap sedia untuk menyerang Israel dalam masa beberapa hari sahaja lagi, lapor Anadolu.

Penanda aras minyak antarabangsa minyak mentah Brent meningkat sebanyak 0.55 peratus kepada 74.43 dolar se tong pada 11.09 pagi waktu tempatan (0809 GMT), meningkat ketimbang 74.02 dolar pada penutupan sesi sebelumnya.

Penanda aras AS West Texas Intermediate juga meningkat sebanyak 0.64 peratus kepada 70.74 dolar se tong, berbanding 70.29 dolar pada penutupan sesi sebelumnya, manakala harga minyak Brent meningkat sebanyak 2.2 peratus dan WTI meningkat sebanyak 2.1 peratus pada Khamis.

Kebimbangan tentang bekalan minyak global terus meruncing apabila situasi perang yang masih berterusan di Timur Tengah, sumber utama pengeluaran minyak yang mana menyumbang kepada kenaikan harga.

Ia berikutan laporan berita yang melaporkan bahawa Iran sedang bersiap sedia untuk melancarkan serangan tindak balas terhadap Israel, dibimbangi akan memberi kesan kepada peningkatan harga minyak.

Pada 26 Oktober, Israel telah menyerang aset ketenteraan Iran sebagai tindak balas terhadap serangan peluru berpandu Iran pada 1 Oktober, terbaharu, akhbar Israel mendakwa bahawa Iran bersedia untuk membalas dendam dari Iraq dalam masa beberapa hari lagi sebagai tindak balas kepada serangan terbaharu Tel Aviv.

Berita yang memetik kenyataan sumber itu mendakwa bahawa Iran mungkin bertindak balas dengan melancarkan lebih banyak pesawat udara tanpa pemandu dan peluru berpandu balistik dari wilayah Iraq sebelum pilihan raya Presiden AS pada 5 November.

Menurutnya, serangan tindak balas yang dilancarkan melalui kumpulan pro-Tehran di Iraq dan bukannya di wilayah Iran itu berkemungkinan untuk menghalang serangan Israel ke atas sasaran strategik di Iran.

Tambahan pula, serangan berterusan rejim Israel terhadap Beirut dan Gaza di Timur Tengah turut meningkatkan kebimbangan bekalan pemain minyak pasaran.

Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu, semasa ucapannya pada Khamis berkata, Israel belum mempunyai ‘tarikh’ untuk menamatkan serangan ke atas Gaza dan akan meneruskan serangan sehingga mencapai matlamat mereka di rantau ini.

Kebimbangan tentang pergolakan berterusan di Laut Merah, yang merupakan laluan terpenting untuk penghantaran minyak dan bahan api dan perdagangan maritim global, akan menjejaskan bekalan minyak, dalam masa sama mendorong kepada kenaikan harga minyak.

Selain itu, Houthi yang disokong Iran di Yaman telah merampas kapal komersial yang diketahui mempunyai kaitan dengan syarikat Israel di luar pantai Yaman sejak 31 Oktober 2023, sebagai reaksi terhadap serangan Israel di Gaza.

Houthi juga menyerang beberapa kapal dengan pesawat udara tanpa pemandu dan peluru berpandu sejak serangan Israel sebagai tindak balas kepada situasi gawat di Laut Merah.

Susulan itu, banyak syarikat perkapalan memutuskan untuk mengelak daripada menggunakan laluan itu, malah Houthi turut mengumumkan bahawa telah menyasarkan 202 kapal yang dikaitkan dengan Israel, AS dan UK sejak November 2023.

Related Posts

Sarawak perkukuh status hab tenaga hijau dan semikonduktor di Asia Tenggara

SHANGHAI – SMD Semiconductor Sdn Bhd (SMD) memeterai Memorandum Perjanjian (MoA) dengan Jiangsu Linyang Energy Co Ltd (Linyang Energy) untuk membekalkan penyelesaian semikonduktor kuasa ke pasaran global pada 13 Ogos…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lebih 150 orang awam maut akibat operasi tentera AS di Yaman

WASHINGTON – Operasi ketenteraan Amerika Syarikat (AS) mengorbankan 153 orang awam dan mencederakan 243 yang lain sepanjang 2025, menurut seorang pegawai AS, yang memetik penilaian Pentagon. Jumlah itu meningkat ketara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sarawak perkukuh status hab tenaga hijau dan semikonduktor di Asia Tenggara

Sarawak perkukuh status hab tenaga hijau dan semikonduktor di Asia Tenggara

Kerajaan Pahang sedia RM5.5 juta untuk TVET

Kerajaan Pahang sedia RM5.5 juta untuk TVET

Pas gagal tutup aktiviti judi masa jadi kerajaan – Chun Weng

Pas gagal tutup aktiviti judi masa jadi kerajaan – Chun Weng

Dr MAZA puji prestasi Menteri Agama dalam pengurusan hal ehwal Islam

Dr MAZA puji prestasi Menteri Agama dalam pengurusan hal ehwal Islam

RCI TH bukan sekadar ‘laporan atas kertas’, tindakan penguatkuasaan perlu dipertingkat

RCI TH bukan sekadar ‘laporan atas kertas’, tindakan penguatkuasaan perlu dipertingkat

RCI TH bukan noktah, siasatan lanjut perlu pastikan semua persoalan terjawab

RCI TH bukan noktah, siasatan lanjut perlu pastikan semua persoalan terjawab