
KUDAT – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan nasihat mengenai taufan Kong-Rey yang dikesan kira-kira 1,631 kilometer (km) ke Timur Laut Kudat, di sini.
MetMalaysia menerusi kenyataan pada Rabu berkata bahawa taufan tersebut berada pada kedudukan latitud 19.4 utara dan longitud 124.7 timur, kira-kira 374 km ke Timur Laut Bandar Tuguegarao, Filipina.
“Berdasarkan pencerapan pada pukul 11.00 pagi, dilaporkan bahawa taufan tersebut bergerak ke arah Barat Laut dengan kelajuan 10 km/sejam (j), dengan kelajuan angin maksimum mencapai 185 km/j.
“Walau bagaimanapun, tiada kesan signifikan taufan tersebut ke atas Malaysia,” katanya.





