Lebih banyak bantuan akan disalur selepas kerajaan kenakan cukai dividen, pengecualian subsidi mahakaya – penganalisis

KUALA LUMPUR- Pelaksanaan cukai dividen dan penyasaran subsidi petrol RON95 ke atas golongan mahakaya yang bakal dilaksana pada tahun 2025 bakal menjana sumber pendapatan baharu kepada kerajaan.

Pakar ekonomi dari Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (MUST), Profesor Emeritus Dr Barjoyai Bardai berkata, dengan adanya sumber pendapatan baharu kerajaan ini tentunya rakyat bakal menikmati manfaat daripada pelaksanaan itu.

“Sebelum ini pendapatan cukai kerajaan hanya 40 peratus sahaja kerana banyak kelompangan dan terhad untuk salur bantuan, insentif dan subsidi kepada rakyat memerlukan.

“Namun, dengan pengenaan cukai dividen ini kerajaan dapat sumber pendapatan tambahan maka penjanaan kewangan semakin meningkat. Jadi kerajaan akan memberikan lebih banyak subsidi, insentif dan bantuan secara terus kepada rakyat dari golongan rentan,” katanya ketika dihubungi The Malaysia Press pada Rabu.

Dalam pembentangan Belanjawan 2025, kerajaan bercadang memperkenalkan cukai dividen pada kadar dua peratus ke atas pendapatan dividen melebihi RM100,000 yang diterima oleh pemegang saham individu bermula tahun taksiran 2025.

Justeru kata pakar ekonomi itu, pengenaan cukai dividen ini mampu menutup lompang dalam kutipan cukai sebelum ini.

“Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, cukai dividen yang awalnya ditetapkan pada kadar lima peratus telah diturunkan kepada dua peratus selepas mengambil kira rayuan yang dikemukakan termasuk daripada kalangan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) atas alasan PMKS berbeza dengan syarikat tersenarai.

“Jika sebelum ini dividen tidak dicukai maka ramai pengarah atau pemilik syarikat tak ambil gaji sebabnya gaji kena bayar cukai. Jadi mereka ambil dividen kerana dividen tidak dicukai. Tapi sekarang ini mereka tidak ada pilihan lain selain membayar cukai.

“Jadi pelaksanaan cukai dividen ini adalah untuk menutup lompang. Namun, ada juga situasi pengarah atau pemilik syarikat ini tak ambil gaji, tak ambil dividen tapi dia jual saham (untung modal) sekarang lompang ini juga ditutup, semua dicukai.

“Kaedah elak bayar cukai ini halal, tapi ia tidak membantu kerajaan. Maka, dengan pelaksanaan cukai dividen tahun depan, kerajaan dapat sumber pendapatan baharu,” jelas beliau,

Selepas ini kata Barjoyai, pendapatan kerajaan akan meningkat ia mampu menampung belanja-belanja mengurus sekali gus mengurangkan kebergantungan kerajaan terhadap pinjaman ke atas dividen Petronas.

Related Posts

Had umur 16 tahun media sosial wajar lindungi remaja dari ancaman siber – Dr Haryati

KOTA KINABALU – Pelaksanaan had umur minimum 16 tahun bagi pendaftaran akaun media sosial merupakan langkah wajar untuk melindungi remaja daripada pelbagai ancaman siber. Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sosial dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis perjelaskan kehadiran anggota di kediaman rasmi Tunku Besar Tampin

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) menegaskan penugasan anggota di sekitar Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin hari ini dilaksanakan bagi menjamin keselamatan orang ramai serta memastikan ketenteraman awam terus terpelihara. Ketua Polis…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

2 tahun terajui LPKP Sabah, Vivian bangga pelbagai pembaharuan berjaya dilaksana

2 tahun terajui LPKP Sabah, Vivian bangga pelbagai pembaharuan berjaya dilaksana

Mengenali, memahami keistimewaan surah Al-Mulk

Mengenali, memahami keistimewaan surah Al-Mulk

Ops Tiris 4.0: Kegiatan seleweng diesel tumpas

Ops Tiris 4.0: Kegiatan seleweng diesel tumpas

Projek naik taraf Tamu Donggongon, Kepayan Square, manfaat besar untuk komuniti Penampang

Projek naik taraf Tamu Donggongon, Kepayan Square, manfaat besar untuk komuniti Penampang

UNIMAP wakili Malaysia dalam projek penyelidikan Kesatuan Eropah

UNIMAP wakili Malaysia dalam projek penyelidikan Kesatuan Eropah

Had umur 16 tahun media sosial wajar lindungi remaja dari ancaman siber – Dr Haryati

Had umur 16 tahun media sosial wajar lindungi remaja dari ancaman siber – Dr Haryati