Karya sastera mampu gugat penjajah Jepun, Inggeris – Dayang Azizah

KUCHING – Karya sastera yang dihasilkan mampu menggugat kedudukan penjajah Jepun dan Inggeris.

Menurut panelis Wacana Pemikiran Sasterawan Sarawak, Dayang Azizah Mohd. Salleh, karya sastera yang dihasilkan oleh sasterawan Sarawak pertama Muhammad Bujang mampu memberi ancaman kepada Jepun dan Inggeris.

“Ketika zaman penjajah Jepun, karya beliau pernah dibakar oleh tentera Jepun di hadapan beliau sendiri kerana dianggap menggugat pemerintahan Jepun,” kata Azizah.

Selain itu, Azizah turut mengulas karya Muhammad Bujang juga memberikan kritikan sosial terhadap masyarakat Melayu ketika itu.

“Saya bagi contoh karya ‘Si Buta dan Si Pekak’ yang pernah diterbitkan oleh Warta Malaya yang menggambarkan seorang kurang kemampuan tetapi mahu menjadi pencuri,” ujar Azizah ketika menyampaikan ucapan pada Wacana Pemikiran Sasterawan Sarawak di The Hills, Kuching pada Selasa.

Azizah menjelaskan sasterawan Sarawak itu mahu menyampaikan mesej yang bernilai kepada pembaca.

“Pengajaran yang kita dapat peroleh adalah kita perlu hidup bermaruah biarpun mempunyai serba serbi kekurangan.

Jelas Azizah lagi, pengamatan Muhammad Bujang terhadap kehidupan sosial budaya masyarakat Melayu Sarawak begitu jelas biarpun berada di Tanah Melayu ketika itu.

“Syiar Mandi Tepun Tawar merupakan karya yang menggambarkan kehidupan sosial masyarakat Melayu Sarawak begitu kuat biarpun berada di Tanah Melayu,” ujar Azizah lagi.

Related Posts

Dewan terbuka SK Mostyn akan diberi perhatian – Anil

KUNAK – Dewan terbuka Sekolah Kebangsaan (SK) Mostyn akan diberi perhatian bagi memastikan kemudahan sekolah itu dapat digunakan dengan lebih selesa dan sesuai untuk aktiviti warga sekolah. Ahli Dewan Undangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
11 entiti terlibat dagangan kredit karbon hutan di Sarawak, tiga terima lesen

KUCHING – Sebanyak 11 entiti kini terlibat dalam aktiviti perdagangan kredit karbon hutan di Sarawak, dengan tiga daripadanya telah diberikan Lesen Karbon Hutan yang melibatkan kawasan seluas 56,806 hektar. Timbalan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pengangguran rendah bukan cerminan realiti pasaran buruh

Pengangguran rendah bukan cerminan realiti pasaran buruh

Dewan terbuka SK Mostyn akan diberi perhatian – Anil

  • By Fatin
  • October 15, 2026
Dewan terbuka SK Mostyn akan diberi perhatian – Anil

11 entiti terlibat dagangan kredit karbon hutan di Sarawak, tiga terima lesen

11 entiti terlibat dagangan kredit karbon hutan di Sarawak, tiga terima lesen

Kanak-kanak 5 tahun maut dalam nahas enam kenderaan, pemandu EV mengaku tidak bersalah

Kanak-kanak 5 tahun maut dalam nahas enam kenderaan, pemandu EV mengaku tidak bersalah

Saluran permohonan, rayuan SKAS dicadang untuk penerima tercicir STR

Saluran permohonan, rayuan SKAS dicadang untuk penerima tercicir STR

Internet lebih luas, Awan AI Berdaulat memperkasa kedaulatan digital negara – Fahmi

Internet lebih luas, Awan AI Berdaulat memperkasa kedaulatan digital negara – Fahmi