Sastera sebagai alat perjuangan nasionalisme – Dr Suffian

KUCHING – Bidang sastera bukan hanya sekadar karya tetapi dijadikan alat yang sangat penting dalam perjuangan nasionalisme.

Menurut pakar sejarah Sarawak Dr Suffian Mansor, pejuang nasionalis ketika itu menjadikan sastera dalam menyebar luas kesedaran dalam kalangan masyarakat.

“Masyarakat ketika itu ditindas oleh penjajah sehingga mereka tidak dapat menyuarakan pendapat mereka,” kata Dr Suffian.

Tambah Dr Suffian, perjuangan nasionalisme dalam bentuk penulisan sangat berkesan sehingga ia mampu menakutkan penjajah.

“Sebagai contoh, nasionalis Filipina, Jose Rizal menentang penjajah melalui karya sastera sehingga beliau sendiri dijatuhkan hukuman mati oleh pihak Sepanyol,” kata Dr Suffian lagi.

Dr Suffian mengulas perkembangan sastera di Sarawak sudah wujud lebih awal walaupun tidak mempunyai unsur nasionalisme.

“Hikayat Datuk Merpati dan Hikayat Banting menunjukkan sudah wujud karya sastera di Sarawak lebih awal,” ujar Dr Suffian ketika menyampaikan Syarahan di Wacana Pemikiran Sasterawan Sarawak, The Hills, Kuching pada Selasa.

Selain itu, jelas Dr Suffian, Hikayat Panglima Nikosa tulisan Ahmad Syawal merupakan karya novel Melayu pertama di dunia.

“Daripada novel tersebut, jelas menunjukkan unsur nasionalisme yang terdapat dalam karya sastera Melayu khususnya Sarawak,” kata Dr Suffian lagi.

Related Posts

Pelajar maut dilanggar kereta ketika melintas jalan di Bekenu

MIRI – Seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Luar Bandar Bekenu maut selepas dilanggar sebuah kereta ketika melintas jalan di Kilometer 55, berhampiran sekolah berkenaan, pada Selasa. Ketua Polis Daerah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dewan terbuka SK Mostyn akan diberi perhatian – Anil

KUNAK – Dewan terbuka Sekolah Kebangsaan (SK) Mostyn akan diberi perhatian bagi memastikan kemudahan sekolah itu dapat digunakan dengan lebih selesa dan sesuai untuk aktiviti warga sekolah. Ahli Dewan Undangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KWAP bina kediaman siswa bukan isu, pelaburan mampu jana pulangan

KWAP bina kediaman siswa bukan isu, pelaburan mampu jana pulangan

Pelajar maut dilanggar kereta ketika melintas jalan di Bekenu

Pelajar maut dilanggar kereta ketika melintas jalan di Bekenu

PRN Melaka: Senarai calon PH hampir muktamad, capai 95 peratus

PRN Melaka: Senarai calon PH hampir muktamad, capai 95 peratus

Pengangguran rendah bukan cerminan realiti pasaran buruh

Pengangguran rendah bukan cerminan realiti pasaran buruh

Dewan terbuka SK Mostyn akan diberi perhatian – Anil

  • By Fatin
  • October 15, 2026
Dewan terbuka SK Mostyn akan diberi perhatian – Anil

11 entiti terlibat dagangan kredit karbon hutan di Sarawak, tiga terima lesen

11 entiti terlibat dagangan kredit karbon hutan di Sarawak, tiga terima lesen