PKR Bandar Triang santuni komuniti India sempena Deepavali

KUANTAN – Menjelang sambutan Deepavali hujung minggu ini, wakil PKR Bandar Triang, dekat Bera, menyantuni keluarga kurang berkemampuan (B40) daripada komuniti India, sekitar kawasan berkenaan.

Selain bertemu dan bertanya khabar, sedikit bantuan turut disalurkan kepada keluarga terbabit.

Program menyantuni komuniti India di situ adalah hasil inisiatif Ketua Cabang PKR Bandar Triang, Fong Hoi Cheng dan mendapat sokongan penuh daripada pemimpin setempat serta ahli parti itu.

Hoi Cheng memaklumkan, terdapat keluarga yang memberitahu beliau bahawa mereka tidak pernah menerima sebarang bantuan sebelum ini.

“Perkara seperti ini sangat mengejutkan dan saya ambil maklum dengan kesukaran keluarga itu memohon bantuan daripada agensi berkaitan.

“Kita akan hubungi agensi bertanggungjawab dan melihat jenis bantuan dan keperluan mereka untuk dibantu,” katanya selepas program di Kuil Sri Maha Kaliamman Aalayam, di Triang.

Dalam perkembangan berkaitan, Hoi Cheng berkata, program seumpama itu adalah antara aktiviti PKR Bandar Triang yang sentiasa dianjurkan bagi mendekati masyarakat.

“Tidak hanya ketika musim perayaan, kita sering turun padang bertemu penduduk tanpa mengira kaum di sini dan mengambil tahu permasalah dihadapi mereka,” jelasnya.

Related Posts

Pegawai Daerah perlu proaktif, berani ambil pendekatan baharu – Hajiji

KENINGAU – Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor mahu Pegawai Daerah dan Pegawai Daerah Kecil sentiasa mengamalkan budaya kerja yang responsif, proaktif dan berintegriti serta berani mengambil pendekatan baharu.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hampir RM1 bilion diperuntukkan untuk tiga sektor utama Sabah

KENINGAU – Kerajaan Sabah memperuntukkan hampir RM1 bilion tahun ini bagi pembangunan sektor pertanian, perindustrian dan pelancongan yang terus menjadi antara pemacu utama pertumbuhan ekonomi negeri. Ketua Menteri Sabah, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pegawai Daerah perlu proaktif, berani ambil pendekatan baharu – Hajiji

Pegawai Daerah perlu proaktif, berani ambil pendekatan baharu – Hajiji

Hampir RM1 bilion diperuntukkan untuk tiga sektor utama Sabah

Hampir RM1 bilion diperuntukkan untuk tiga sektor utama Sabah

Pemansuhan AUKU realisasi perjuangan Anwar sejak zaman mahasiswa

Pemansuhan AUKU realisasi perjuangan Anwar sejak zaman mahasiswa

Puad persoal ‘Sijil Audit Bersih’ TH ketika laporan 2017 ada EOM

Puad persoal ‘Sijil Audit Bersih’ TH ketika laporan 2017 ada EOM

MPAJ keluarkan 24 kompaun dalam operasi cegah denggi

MPAJ keluarkan 24 kompaun dalam operasi cegah denggi

Kasihnya Warisan rangkul RM10,000, dinobat Raja Sungai Pesta N58 Balingian

Kasihnya Warisan rangkul RM10,000, dinobat Raja Sungai Pesta N58 Balingian