Kompleks Pembangunan Industri Sagu bakal dibina di Dalat

DALAT – Dalam usaha untuk memperkukuh industri sagu di Sarawak, kerajaan Sarawak akan membina sebuah Kompleks Pembangunan Industri Sagu di Dalat.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Seri Fatimah Abdullah, mengumumkan keputusan ini dibuat setelah mendapat persetujuan daripada Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

“Pemilihan Dalat sebagai lokasi tidaklah mengejutkan memandangkan statistik menunjukkan bahawa 84.13 peratus keluasan tanah rumbia di Sarawak berada di Mukah. Daripada jumlah tersebut, Dalat menyumbang sebanyak 53.04.

“Manakala bilangan ahli pekebun kecil yang berdaftar dalam industri ini ialah sebanyak 1493 orang. Jadi ini merupakan satu industri yang penting bagi penduduk di Bahagian Mukah terutamanya Dalat,” ujarnya ketika berucap pada majlis penutupan Sesi Town Hall Bersama Penggiat Industri Sagu di Kompleks Kebajikan Dalat.

Selain itu, kompleks tersebut akan mempunyai lima bahagian utama yang merangkumi pembangunan pekebun kecil, usahawan, perlesenan, penguatkuasaan, dan kawalan kualiti.

Menurut beliau, dengan adanya bahagian tersebut akan memudahkan penyelarasan pelbagai isu berkaitan industri sagu termasuk kawalan harga.

Di samping itu, sesi town hall turut diadakan bagi memberi peluang kepada penggiat industri untuk berkongsi pandangan serta mendapatkan maklumat terkini tentang industri sagu.

Dalam majlis tersebut, beliau menyeru semua agensi berkaitan untuk bekerjasama demi memajukan industri sagu di Dalat.

Dalam majlis yang sama, beliau juga menyampaikan hadiah kepada pemenang Kejohanan Futsal Tertutup Dalat, Pertandingan E-Sukan PUBG Mobile, dan Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak sempena Karnival Balau Dalat 2024.

Turut hadir Setiausaha Tetap Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah (MFICORD), Datuk Sirai Daha, Pengurus Besar Lembaga Pembangunan Sagu dan Nipah (SNDB), Zaidell Hussaini; Ketua Pegawai Eksekutif Craun Research Sdn Bhd, Zahri Perhi serta Pensyarah Kanan Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Latifah Omar.

Related Posts

Lebih 1,000 pelajar SMK Pujut terima manfaat pemeriksaan mata percuma

MIRI – Lebih 1,000 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pujut menerima manfaat menerusi Program Pemeriksaan Kesihatan Mata Pelajar Secara Percuma bagi mengesan masalah penglihatan pada peringkat awal. Inisiatif tersebut bertujuan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Majlis Ngiling Bidai Subis himpun pelbagai kaum, terus pelihara aset perpaduan

MIRI – Penganjuran Majlis Makan Malam Ngiling Bidai Gawai 2026 Daerah Subis menjadi platform strategik menghimpunkan masyarakat pelbagai kaum bagi memperkukuh perpaduan dan semangat kebersamaan. Timbalan Menteri di Jabatan Premier…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lebih 1,000 pelajar SMK Pujut terima manfaat pemeriksaan mata percuma

Lebih 1,000 pelajar SMK Pujut terima manfaat pemeriksaan mata percuma

Majlis Ngiling Bidai Subis himpun pelbagai kaum, terus pelihara aset perpaduan

Majlis Ngiling Bidai Subis himpun pelbagai kaum, terus pelihara aset perpaduan

Mualaf Orang Asli Pahang dilatih berdikari melalui lima teras

Mualaf Orang Asli Pahang dilatih berdikari melalui lima teras

Subsidi BUDI Diesel legakan beban rakyat, catat lebih 80,000 transaksi awal

Subsidi BUDI Diesel legakan beban rakyat, catat lebih 80,000 transaksi awal

BN mungkin hilang kuasa mutlak selepas PRN Johor

BN mungkin hilang kuasa mutlak selepas PRN Johor

Dedah bahaya dadah seawal sekolah rendah, putus rantaian akar umbi

Dedah bahaya dadah seawal sekolah rendah, putus rantaian akar umbi