MPP rangkul tempat ketiga Majlis Perbandaran terbaik di Malaysia

PETALING JAYA – Majlis Perbandaran Padawan (MPP) mencapai tempat ketiga dalam kategori Majlis Perbandaran daripada 156 majlis tempatan di seluruh Malaysia dan kedudukan tertinggi dalam kalangan semua majlis tempatan di Sarawak, pada Anugerah Penarafan Bintang Pihak Berkuasa Tempatan dwitahunan 2024.

Pengerusi MPP, Cr. Tan Kai menerima anugerah daripada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia, Nga Kor Ming.

Majlis penganugerahan berlangsung semasa Konvensyen Pihak Berkuasa Tempatan, yang mana sebelum ini dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Fadillah Yusof juga merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air dan Pengerusi Majlis Negara Bagi Kerajaan Tempatan di Dewan Sivik, Majlis Bandaraya Petaling Jaya pada Sabtu.

Sistem Penarafan Bintang Pihak Berkuasa Tempatan mengukur prestasi dan tadbir urus pihak berkuasa tempatan, menilai empat komponen teras iaitu kategori pengurusan, penyediaan perkhidmatan Teras, pengurusan pelanggan dan penyertaan komuniti. 

Pada tahun ini, anugerah tersebut turut menekankan integriti dan tadbir urus baik pihak berkuasa tempatan.

Tan Kai melahirkan rasa syukurnya sambil menyatakan pencapaian ini tidak mungkin dapat dicapai tanpa sokongan padu dan kerjasama daripada kerajaan Sarawak terutama Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Kementerian  Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak (MPHLG), Datuk Dr Sim Kui Hian, jabatan dan agensi kerajaan lain, ahli Majlis MPP, kakitangan MPP, dan penduduk Padawan yang berdedikasi.

Beliau memberi jaminan MPP akan terus kekal berdedikasi serta menambah baik perkhidmatan demi masyarakat Padawan.

“Yakinlah, kami tidak akan berpuas hati dengan kejayaan kami. 

“Kami komited untuk mengekalkan dan meningkatkan perkhidmatan kami untuk Rakyat.  Bersama-sama, kami berusaha ke arah penyampaian perkhidmatan yang cekap dan bandar Padawan yang mampan,” ujar beliau lagi.

Related Posts

Rokok,arak seludup bernilai RM2.52 juta berjaya dirampas di tiga rumah berasingan

SEBERANG PERAI – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang membongkar kegiatan penyeludupan rokok dan minuman keras selepas merampas barangan tidak berkastam bernilai RM2.52 juta dalam tiga serbuan berasingan pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
FELDA Jengka 24 sasarkan pemasangan 10,000 Jalur Gemilang

JERANTUT – Warga FELDA Jengka 24 memperkukuh semangat patriotisme apabila sekali lagi menyasarkan pemasangan 10,000 Jalur Gemilang sempena sambutan bulan kemerdekaan, tahun ini. Ketua Peneroka FELDA Jengka 24, Razak Daud…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rokok,arak seludup bernilai RM2.52 juta berjaya dirampas di tiga rumah berasingan

Rokok,arak seludup bernilai RM2.52 juta berjaya dirampas di tiga rumah berasingan

Mansuh AUKU lembaran baharu buat mahasiswa, segera laksana atau hanya sekadar janji di atas kertas

Mansuh AUKU lembaran baharu buat mahasiswa, segera laksana atau hanya sekadar janji di atas kertas

Pindaan Akta Tabung Haji penting perkukuh tadbir urus, elak kelemahan berulang

Pindaan Akta Tabung Haji penting perkukuh tadbir urus, elak kelemahan berulang

Belanjawan 2027 fokus tingkat pendapatan, peluang pekerjaan berkualiti

Belanjawan 2027 fokus tingkat pendapatan, peluang pekerjaan berkualiti

Dasar tidak popular perlu dilaksana demi kepentingan jangka panjang – Amir Hamzah

Dasar tidak popular perlu dilaksana demi kepentingan jangka panjang – Amir Hamzah

FELDA Jengka 24 sasarkan pemasangan 10,000 Jalur Gemilang

FELDA Jengka 24 sasarkan pemasangan 10,000 Jalur Gemilang