Op Global: 68 lagi kes kanak-kanak dalam proses mahkamah

SEBANYAK 68 lagi kes kanak-kanak diselamatkan kerajaan menerusi Op Global masih dalam proses mahkamah sebelum diserahkan kembali ke pangkuan keluarga mereka.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) perlu melaksanakan siasatan yang teliti dan menyeluruh mengikut undang-undang sebelum mengembalikan kanak-kanak kepada penjaga yang sah.

“JKM bertanggungjawab menjalankan siasatan mendalam serta memastikan proses ini berjalan dengan tekun, termasuklah mengemukakan penemuan kepada mahkamah bagi mendapatkan perintah sebelum sebarang keputusan dibuat,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Program Kasih Kanak-Kanak 2024 peringkat Perlis yang merupakan program advokasi perlindungan kanak-kanak di Sekolah Menengah Kebangsaan Abi, semalam.

Nancy mengulas mengenai dakwaan sepasang suami isteri yang memohon agar anak perempuan mereka yang ditahan di rumah kebajikan di Rasah, Negeri Sembilan, dipulangkan kepada mereka selepas ditahan semasa Op Global pada 11 September lalu.

Beliau menegaskan, dokumentasi lengkap yang membuktikan hubungan kekeluargaan adalah penting sebelum mana-mana kanak-kanak boleh diserahkan semula kepada pihak yang menuntut.

“Bayangkan jika kami menyerahkan kanak-kanak kepada sesiapa sahaja tanpa bukti sahih, ia adalah tindakan yang salah dan tidak beretika,” tegasnya.

Setakat ini, 54 kanak-kanak yang diselamatkan di bawah Op Global telah dikembalikan kepada penjaga berkelayakan, sementara 506 kanak-kanak masih di bawah perlindungan Seksyen 25(2)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Related Posts

DKU cabar kemuka bukti penyiasatan Tuanku Muhriz sebelum Proklamasi 19 April

SEREMBAN – Dewan Keadilan dan Undang (DKU) Negeri Sembilan mencabar pihak yang mendakwa Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, sudah melalui penyiasatan yang secukupnya dan sepenuhnya sebelum…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Litar Rasa MADANI semarak F1, peniaga tempatan raih manfaat ekonomi – PM

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meninjau kawasan G Hillstand, Litar Antarabangsa Sepang (SIC) yang menempatkan sebahagian besar pemegang Tiket MADANI sempena perlumbaan Formula 1…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DKU cabar kemuka bukti penyiasatan Tuanku Muhriz sebelum Proklamasi 19 April

DKU cabar kemuka bukti penyiasatan Tuanku Muhriz sebelum Proklamasi 19 April

Perpaduan warga Mukah contoh terbaik keharmonian Sarawak – Abdul Yakub

Perpaduan warga Mukah contoh terbaik keharmonian Sarawak – Abdul Yakub

Salah guna syarat lesen, 10 individu dan VNT ditahan

Salah guna syarat lesen, 10 individu dan VNT ditahan

Bayi antara empat maut, kemalangan lori dengan dua kereta

Bayi antara empat maut, kemalangan lori dengan dua kereta

Litar Rasa MADANI semarak F1, peniaga tempatan raih manfaat ekonomi – PM

Litar Rasa MADANI semarak F1, peniaga tempatan raih manfaat ekonomi – PM

Verstappen raih podium di Sepang, ulang kejayaan 2017

Verstappen raih podium di Sepang, ulang kejayaan 2017