99 wakil rakan strategik KPDN tandatangani aku janji inisiatif ‘Kita Gempur’

TAWAU – Seramai 99 wakil rakan strategik Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menandatangani surat aku janji untuk terlibat dalam inisiatif Kita Gempur di sini pada Isnin.

Menteri KPDN, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, dalam Program Kita Gempur@Tawau rakan strategik KPDN yang terdiri daripada transporter di bawah Program Pengedaran Barang Perlu, Syarikat Pembungkus Minyak Masak di bawah Program Cooking Oil Stabilization Scheme (COSS), pemborong dan peruncit utama, serta pengusaha stesen minyak di daerah Tawau telah menzahirkan komitmen melalui surat aku janji untuk terlibat.

Katanya, rakan strategik tersebut terdiri daripada 30 transporter, 29 pengusaha stesen minyak, tujuh syarikat pembungkus minyak masak, 12 wakil pengguna setempat dan 21 pemborong serta peruncit utama di daerah Tawau.

“Inisiatif ini bertujuan melibatkan semua pihak agensi kerajaan, industri, dan masyarakat dalam membanteras penyelewengan barang kawalan dan menangani manipulasi dalam aktiviti perniagaan.

“Selain itu, penglibatan syarikat-syarikat transporter dalam gerakan massa ini penting untuk memastikan pergerakan bekalan barang kawalan dan bersubsidi daripada ‘point of source’ (POS) pemborong/syarikat ke ‘point of sale’ (POS).

“Syarikat-syarikat transporter ini bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan mengangkut tujuh barangan kawalan dan barangan kawalan bersubsidi iaitu beras, gula, tepung gandum, minyak masak, ‘Liquified Petroleum Gas’ (LPG), petrol RON95, dan diesel,” katanya.

Katanya lagi, KPDN akan memperluaskan gerakan ini dengan mendapatkan komitmen daripada semua pemegang Lesen Bagi Barang Kawalan Berjadual (CSA) di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Tambah beliau, ini termasuk semua syarikat-syarikat transporter yang dilantik sebagai pelaksana Program Pengedaran Barang Perlu.

Jelasnya, tindakan ini susulan daripada Majlis Pelancaran Gerakan Membanteras Manipulasi dan Ketirisan (Kita Gempur) yang telah disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 19 Oktober lalu, KPDN akan meneruskan gerak kerja dengan melibatkan kebersamaan pelbagai pemegang taruh.

Pada masa sama, beliau juga menyeru orang ramai untuk membantu melaporkan sebarang aktiviti penyelewengan dan penyeludupan bagi memastikan dana subsidi kerajaan sampai kepada golongan yang memerlukan.

Related Posts

DKU cabar kemuka bukti penyiasatan Tuanku Muhriz sebelum Proklamasi 19 April

SEREMBAN – Dewan Keadilan dan Undang (DKU) Negeri Sembilan mencabar pihak yang mendakwa Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, sudah melalui penyiasatan yang secukupnya dan sepenuhnya sebelum…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Perpaduan warga Mukah contoh terbaik keharmonian Sarawak – Abdul Yakub

MUKAH – Kehadiran luar biasa seramai 110,772 pengunjung sepanjang tiga hari Penganjuran Program Sarawakku Sayang (SKS) 2026 Bahagian Mukah membuktikan semangat perpaduan dan keharmonian kaum di bahagian ini berada pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DKU cabar kemuka bukti penyiasatan Tuanku Muhriz sebelum Proklamasi 19 April

DKU cabar kemuka bukti penyiasatan Tuanku Muhriz sebelum Proklamasi 19 April

Perpaduan warga Mukah contoh terbaik keharmonian Sarawak – Abdul Yakub

Perpaduan warga Mukah contoh terbaik keharmonian Sarawak – Abdul Yakub

Salah guna syarat lesen, 10 individu dan VNT ditahan

Salah guna syarat lesen, 10 individu dan VNT ditahan

Bayi antara empat maut, kemalangan lori dengan dua kereta

Bayi antara empat maut, kemalangan lori dengan dua kereta

Litar Rasa MADANI semarak F1, peniaga tempatan raih manfaat ekonomi – PM

Litar Rasa MADANI semarak F1, peniaga tempatan raih manfaat ekonomi – PM

Verstappen raih podium di Sepang, ulang kejayaan 2017

Verstappen raih podium di Sepang, ulang kejayaan 2017