Peluang golongan rentan ubah nasib di Karnival Jobcare Istimewa Selangor

GOLONGAN rentan diseru untuk merebut peluang mendapatkan pekerjaan yang sesuai pada Karnival Jobcare Istimewa Selangor yang diadakan pada Isnin ini.

Karnival itu dianjur oleh Kerajaan Negeri Selangor melibatkan 40 syarikat sektor awam dan swasta bagi membantu golongan rentan mengubah nasib hidup mereka.

Exco Sumber Manusia Selangor, V Papparaidu berkata, karnival itu merupakan komitmen pentadbiran memperkukuh lagi peluang kerja seterusnya membina komuniti lebih inklusif.

“Inisiatif bertujuan membantu pencari kerja terutamanya golongan rentan seperti orang kelainan upaya (OKU), Orang Asli, asnaf miskin, bekas banduan, warga emas, suri rumah serta gelandangan.

“Ini merupakan usaha berterusan kerana golongan ini sering menghadapi kesukaran dalam mendapat pekerjaan. Bagaimanapun orang ramai juga boleh datang ke karnival ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Papparaidu turut mengingatkan individu yang berhasrat menghadiri karnival itu membawa resume selain bersedia untuk ditemu duga secara langsung.

“Kerajaan negeri komited untuk terus menyediakan platform yang menyokong usaha pencarian pekerjaan dan berharap karnival ini dapat memberi impak positif,” katanya.

Karnival Jobcare Istimewa Selangor akan berlangsung di Pusat Konvensyen MBSA, yang menawarkan pelbagai pekerjaan dari peringkat am hingga profesional.

Antaranya syarikat terlibat dalam karnival dari 9 pagi hingga 4 petang ialah Aeon Co. (M) Berhad, 99 Speedmart, Safeguard Secure Solutions Sdn Bhd dan Mydin Mohamed Holdings Bhd.

Related Posts

Sindiket tipu warga emas guna tawaran bantuan kebajikan tumpas, tiga beranak ditahan

IPOH – Taktik licik satu sindiket penipuan yang menyasarkan warga emas dengan menyamar sebagai petugas kebajikan akhirnya tumpas apabila tiga sekeluarga diberkas polis dalam serbuan di sebuah pangsapuri di Semenyih,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
DANA Pantas dibuka Ogos ini, RM20 juta bantu 2,000 PMKS Selangor

SHAH ALAM – Permohonan pembiayaan tanpa kadar keuntungan menerusi inisiatif DANA Pantas di bawah Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor Fasa 2 akan dibuka mulai Ogos ini dengan peruntukan keseluruhan RM20…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Norway hantar Brazil balik hasil 2 gol Haaland

Norway hantar Brazil balik hasil 2 gol Haaland

Demi undi Melayu, Onn Hafiz sanggup tunggang naratif tidak mahu duduk semeja dengan DAP

Demi undi Melayu, Onn Hafiz sanggup tunggang naratif tidak mahu duduk semeja dengan DAP

Anak perantau Johor diseru balik mengundi – PMX

Anak perantau Johor diseru balik mengundi – PMX

PRN Johor dilihat laluan BN mahu kembali berkuasa

PRN Johor dilihat laluan BN mahu kembali berkuasa

Pas hilang cita-cita jadi kerajaan, fokus jadi pembangkang tunjuk kemerosotan politik – Suhaizan

Pas hilang cita-cita jadi kerajaan, fokus jadi pembangkang tunjuk kemerosotan politik – Suhaizan

Sambutan pengundi DUN Larkin positif, Suhaizan seru keluar mengundi awal

Sambutan pengundi DUN Larkin positif, Suhaizan seru keluar mengundi awal