Hizbullah lancar 48 serangan balas terhadap Israel dalam masa sehari

BEIRUT – Hizbullah melancarkan 48 serangan balas terhadap operasi ketenteraan rejim Israel, sekaligus menjadikan ia rekod serangan terbanyak pernah dilancarkan dalam masa sehari sejak bermulanya perang Israel-Lubnan, Oktober tahun lalu.

Dalam kenyataan berasingan, Hizbullah berkata, pejuang mereka telah menyasarkan serangan roket dan peluru meriam terhadap 31 kumpulan askar Israel yang berada di utara Israel dan selatan Lubnan malah tujuh kereta kebal Merkava Israel turut diserang dan ada kematian direkodkan, lapor Anadolu.

Hizbullah menambah bahawa mereka telah menyasarkan serangan udara menggunakan roket sebanyak dua kali kepada tiga penempatan di bandar Safed, lima tapak tentera dan kubu meriam di utara Israel.

Serangan itu termasuk memaksa sebuah dron Israel meninggalkan ruang udara Lubnan selepas menyasarkannya dengan ‘roket permukaan ke udara’.

Akhbar Israel Hayom berkata, serangan tersebut telah memecahkan rekod jumlah serangan terbanyak yang pernah dilancarkan Hizbullah dalam masa sehari sejak 8 Oktober 2023.

Sementara itu, jumlah mereka yang terkorban akibat serangan Israel ke atas Lubnan sejak Oktober tahun lalu telah meningkat kepada 2,634, kata Kementerian Kesihatan Lubnan pada Jumaat.

Dalam kenyataan sama, kementerian turtu mengesahkan 41 orang terbunuh dan 133 yang lain cedera dalam serangan Israel di seluruh negara pada Khamis, menjadikan jumlah yang cedera kepada 12,252.

Tambah kementerian itu, jet pejuang rejim Israel telah melakukan 125 serangan udara pada Khamis dan kebanyakannya di kawasan selatan Lubnan.

Related Posts

Tiga pegawai media Malaysia berdepan detik cemas penerbangan London-Istanbul

ISTANBUL (Turkiye) – Penerbangan dari London ke Istanbul bertukar menjadi pengalaman mencemaskan apabila seorang penumpang bertindak agresif sehingga terpaksa dikawal dan diikat selepas mengganggu penumpang lain, bergelut dengan seorang lelaki…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Malaysia bersama 127 negara desak kuasa veto PBB dimansuhkan

NEW YORK – Kuasa lima negara pemegang veto Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) digesa dimansuhkan, susulan kegagalan badan itu menangani beberapa krisis antarabangsa. Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Belanjawan 2027 perlu fokus lonjak pendapatan peneroka, generasi kedua FELDA

Belanjawan 2027 perlu fokus lonjak pendapatan peneroka, generasi kedua FELDA

Teguk petrol macam minum air, Malaysia diingatkan jangan ulang silap Eropah

Teguk petrol macam minum air, Malaysia diingatkan jangan ulang silap Eropah

Tiga pelajar ditahan disyaki ada kaitan kematian Irene Sofiya

  • By Aden
  • October 4, 2026
Tiga pelajar ditahan disyaki ada kaitan kematian Irene Sofiya

Belanjawan 2027: Rakyat mahu STR diteruskan, bantuan pelajar diperluas

Belanjawan 2027: Rakyat mahu STR diteruskan, bantuan pelajar diperluas

Perlawanan persahabatan erat hubungan kerajaan, ketua masyarakat

Perlawanan persahabatan erat hubungan kerajaan, ketua masyarakat

Bintulu lokasi rintis model rumah mampu milik M40

Bintulu lokasi rintis model rumah mampu milik M40