Tengku Muhammad Iskandar, Tengku Natasya Puteri selamat diijab kabul

KUANTAN – Putera Sultan Pahang, Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah, dan pasangan, Tengku Natasya Puteri Tengku Adnan, selamat diijabkabulkan pada jam 8.50 malam tadi dalam istiadat yang berlangsung di Balai Mahkota, Istana Abdulaziz, di sini.

Istiadat perkahwinan diraja itu disaksikan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Turut berangkat ialah Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, paduka kakanda dan adinda Tengku Muhammad serta kerabat diraja Pahang.

Hadir sama ialah Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail serta Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Pasangan sama cantik sama padan yang mengenakan busana berwarna putih itu, dinikahkan sendiri bapa pengantin perempuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Sejurus selesai akad nikah, pengantin lelaki diiringi untuk menunaikan solat sunat sebelum majlis diteruskan dengan penyerahan mas kahwin, iaitu senaskhah al-Quran kepada Tengku Natasya Puteri yang duduk di atas pelamin.

Istiadat kemudian diteruskan dengan Majlis Menyarung Cincin Perkahwinan oleh pasangan mempelai sebelum istiadat merenjis yang disempurnakan Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah, disusuli Tengku Hassanal.

Ibu bapa pengantin perempuan, Tengku Adnan dan isteri, Datin Seri Anggraini Sentiyaki, turut merenjis pasangan mempelai, lapor Bernama.

Ketika istiadat berlangsung, Tunku Azizah kelihatan sebak sebelum memeluk erat putera kesayangan sejurus selesai merenjis.

Istiadat perkahwinan diraja akan diteruskan dengan Istiadat Berinai, hari ini dan Istiadat Persandingan Diraja pada Ahad.

Kedua-dua istiadat dijadualkan pada jam 8 malam dan disiarkan secara langsung menerusi dua layar besar di Padang Bandaraya Kuantan 1 dan di Dataran Muzium Diraja, Pekan.

Related Posts

Komuniti Piasau Utara kupas kesan baik dan buruk teknologi AI

MIRI – Masyarakat setempat berpeluang menilai impak penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) menerusi Sesi Interaktif Bersama Komuniti X NADI di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Piasau Utara pada Rabu. Program…

Lebih lanjut

teruskan membaca
28 rumah musnah dijilat api di Pulau Nunuyan Laut

SANDAKAN – Sebanyak 28 rumah atas air musnah sepenuhnya dalam kebakaran di Kampung Pulau Nunuyan Laut, di sini, awal pagi Rabu. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, Jimmy Lagung…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rakyat Malaysia disyaki ‘scammer’ ditahan di Pakistan, PDRM hantar pasukan penyiasat

Rakyat Malaysia disyaki ‘scammer’ ditahan di Pakistan, PDRM hantar pasukan penyiasat

Komuniti Piasau Utara kupas kesan baik dan buruk teknologi AI

Komuniti Piasau Utara kupas kesan baik dan buruk teknologi AI

28 rumah musnah dijilat api di Pulau Nunuyan Laut

  • By Fandi
  • August 19, 2026
28 rumah musnah dijilat api di Pulau Nunuyan Laut

Pahang berjaya noktah miskin tegar

Pahang berjaya noktah miskin tegar

Sembilan kru Myanmar, tiga bot tunda ditahan atas pelbagai kesalahan

Sembilan kru Myanmar, tiga bot tunda ditahan atas pelbagai kesalahan

Pas perlu bentang pelan ekonomi jika mahu ambil alih Selangor – Pemuda AMANAH

Pas perlu bentang pelan ekonomi jika mahu ambil alih Selangor – Pemuda AMANAH