‘Rosol ketimbang gajah’

PEMERLUASAN kosa kata dan peristilahan bahasa Melayu mempunyai sejarah yang panjang.

Pada asasnya hal itu menjadikan bahasa tempatan sebagai rujukan utama entri (perekodan) oleh Kamus Dewan.

Pilihan yang lain, bahasa serumpun. Oleh sebab itu wujud kosa kata seperti calon, lakon, dan perabot yang berasal daripada bahasa negara jiran.

Kita turut mengguna pakai perkataan pinjaman daripada bahasa negara lain – Arab, India, dan China – yang mempunyai hubung kait perdagangan dalam tempoh yang lama, akrab, dan bersejarah.

Itu belum dikira penggunaan bahasa Sanskrit yang telah berakar umbi dalam masyarakat.

Ketamadunan kita dalam aspek ini turut melibatkan pinjaman bahasa Latih, Inggeris, dan beberapa negara Eropah yang lain.

Ketimbang

Apabila perkataan ini digunakan oleh Perdana Menteri, kemudiannya tular, timbul pertanyaan – kenapa perkataan itu digunakan?

Saya bertanya balik – kenapa orang tertentu bertanya begitu?

Lekeh sangatkah pengetahuan yang bertanya itu tentang pemerluasan bahasa?

Adakah yang bising-bising itu ada agenda tertentu.

Lagi satu, kenapa kekecohan ini hanya timbul dalam konteks perkataan ketimbang; tidak timbul ketika muncul perkataan share, venue dan ribuan perkataan lain yang dipungut daripada pelbagai bahasa asing?

Ada satu akaun Facebook yang kerjanya membodohkan pemikiran orang, mempersoalkan penggunaan perkataan ketimbang sedangkan katanya banyak lagi perkataan tempatan lain boleh digunakan.

Kalau begitu, tak usahlah kita gunakan perkataan share, venue, spring, basikal, dan radio kerana kita sudah ada semua perkataan itu dalam bahasa Melayu – berbagi, gelanggang, pegas, kereta lereng, dan tetuang udara.

Masalahnya, kita dengan ‘rileks’ (ini pun bukan kosa kata bahasa Melayu) sahaja menggunakan semua perkataan itu dan tidak kecoh pun ketimbang timbulnya perkataan ketimbang.

Rosol

Ahli Parlimen Hulu Terengganu ini baru-baru ini menimbulkan isu kosa kata ketimbang yang menurutnya tiada dalam Kamus Dewan sebaliknya ada dalam laman internet dan sembang media sosial yang kononnya berasal daripada gabungan kencing, tipu, dan sembang.

Kenapa Rosol bising pasal perkataan itu dan tidak bising ke atas perkataan lain yang juga tiada dalam Kamus Dewan tetapi digunakan dengan meluas?

Kenapa Rosol mengaitkan pertanyaan itu dengan isu murahan, picisan, naif, dan sampah yang berlegar-legar dalam laman internet dan media sosial yang sifatnya sangat tidak bertanggungjawab?

Adakah Rosol tidak sedar bahawa Parlimen merupakan tempat mulia yang seharusnya dijadikan wadah perbincangan yang berakal budi?

Adakah Rosol menyangka Parlimen hanya setaraf perbincangan kedai kopi?

Adakah Rosol fikir dengan berbuat (bernaratif seperti bersembang di kedai kopi dengan membawa hujahan sampah) begitu maka, PM dapat dipermalukan?

Adakah Rosol fikir Perikatan Nasional (PN) memerlukan naratif begitu untuk mengimbangi kemaraan hebat Kerajaan Perpaduan?

Adakah itu talian hayat PN, sebenarnya?

Gajah

Di sebalik kemelut dan polemik ketimbang itu, ancaman haiwan liar ke atas kebun di Hulu Terengganu terutama pencerobohan gajah, sedang berlaku dengan sangat ketara.

Tidak bolehkah isu ini dibawa ke Parlimen?

Adakah isu ketimbang jauh lebih penting kepada pekebun di Hulu Terengganu pada pemikiran ahli Parlimen yang berkenaan?

Orang Hulu Terengganu sedang menunggu jawapan dan tindakan yang tuntas daripada wakil rakyatnya sekarang!

Yang Berhormat Datuk, mampukah itu dipenuhi?

Related Posts

Fakta menolak persepsi: Lonjakan daya saing global

​LAPORAN terbaharu pada Jun 2026 mengesahkan Malaysia melonjak hebat 8 anak tangga ke kedudukan ke-15 dalam Indeks Daya Saing Global (IMD). Sebuah bukti nyata, bukan sekadar persepsi atau propaganda semata-mata.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kastam Pulau Pinang berjaya lumpuhkan sindiket seludup rokok bernilai RM9.14 juta

Kastam Pulau Pinang berjaya lumpuhkan sindiket seludup rokok bernilai RM9.14 juta

Jika RCI diterbitkan tiga tahun lalu, Tabung Haji boleh ‘gulung tikar’

Jika RCI diterbitkan tiga tahun lalu, Tabung Haji boleh ‘gulung tikar’

MCMC, PDRM siasat dakwaan akaun palsu muat naik kandungan hina Nabi Muhammad

MCMC, PDRM siasat dakwaan akaun palsu muat naik kandungan hina Nabi Muhammad

Rundingan tarif dengan AS diteruskan demi kepentingan Malaysia – PM

Rundingan tarif dengan AS diteruskan demi kepentingan Malaysia – PM

Malaysia tidak akan berganjak daripada dasar larang kemasukan warga Israel

Malaysia tidak akan berganjak daripada dasar larang kemasukan warga Israel

AirBorneo lakar sejarah buka laluan Kuching ke Singapura

AirBorneo lakar sejarah buka laluan Kuching ke Singapura