Syed Muhammad Naquib Al-Attas kini bergelar Profesor Diraja

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim hari ini berkenan mengurniakan watikah pelantikan Profesor Diraja kepada intelektual Islam, Syed Muhammad Naquib Al-Attas di Istana Negara, pada Rabu.

Pelantikan Muhammad Naquib Al-Attas adalah atas perkenan Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja.

“Pelantikan Profesor Diraja kepada Muhammad Naquib Al-Attas adalah atas perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja.

“Profesor Diraja Muhammad Naquib Al-Attas merupakan Pengasas Institut Pemikiran dan Tamadun Islam (Istac) dan juga seorang tokoh pemikir peradaban Islam kontemporari yang amat disegani serta dihormati di dalam dan luar negara.

“Beliau juga merupakan individu penting yang membentangkan konseptualisasi universiti Islam pada Persidangan Pertama Pendidikan Muslim Sedunia di Universiti King Abdul Aziz, Makkah pada tahun 1977 yang telah membawa kepada penubuhan beberapa universiti Islam di seluruh dunia termasuklah di Malaysia,” kata kenyataan itu.

Hadir sama pada majlis itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abd Kadir; Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zaini Ujang dan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Dr Azlinda Azman.

Menurut kenyataan itu, Muhammad Naquib Al-Attas turut menzahirkan rasa syukur dan menjunjung kasih kepada Sultan Ibrahim di atas kurniaan itu.

Muhammad Naquib Al-Attas menjadi individu kedua di negara ini memperoleh gelaran Profesor Diraja.

Pada tahun 1978, Allahyarham Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid merupakan satu-satunya tokoh yang menerima gelaran itu.

Sementara itu, Zambry berkata, pengurniaan bersejarah gelaran Profesor Diraja kepada Pengasas Institut Pemikiran dan Tamadun Islam (Istac) itu akan menjadi pemangkin dan inspirasi kepada seluruh rakyat terutama ahli akademik Malaysia.

Katanya, pengurniaan itu diharap dapat merangsang pembangunan kesarjanaan dan keintelektualan, seterusnya menyumbang bakti ke arah memartabatkan budaya ilmu di negara ini.

Menurut Zambry, susulan pelantikan itu, kerajaan turut bersetuju memberikan anugerah berjumlah RM500,000 kepada Syed Muhammad Naquib sebagai mengiktiraf dan menyanjung sumbangan beliau terhadap bidang pendidikan.

“Beliau merupakan tokoh pemikir peradaban Islam kontemporari yang amat disegani dan dihormati di dalam dan luar negara, dan telah memperkenalkan gagasan Islamisasi ilmu yang diterapkan dalam pelbagai cabang pengetahuan merangkumi pendidikan agama, sejarah, falsafah, teologi, metafizik, filologi, semantik, sastera dan seni.

“Warisannya tidak ternilai kepada bidang bahasa adabiyat (peradaban) dan kesusasteraan Melayu,” katanya.

Mengimbau latar belakangnya, Zambry berkata, Syed Muhammad Naquib, 93, mendapat pendidikan awal di English College Johor Bahru yang kini dikenali Maktab Sultan Abu Bakar pada 1946.

Beliau kemudian mendapat pendidikan peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Malaya, Singapura pada 1957 sebelum melanjutkan pengajian pascasiswazah pada 1960 di University McGill, Kanada dan seterusnya di University of London, United Kingdom pada 1963.

Related Posts

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

KUALA LUMPUR – Pengiktirafan Hospital Bukit Mertajam (HBM), Pulau Pinang sebagai antara hospital hijau terbaik dunia merupakan pencapaian yang membanggakan negara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menerusi hantaran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

PUTRAJAYA – Kes penipuan dalam talian terus mencatatkan angka membimbangkan apabila kerugian dilaporkan mencecah RM958 juta dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, kata Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar