Ahmad Zahid hadir mesyuarat menteri-menteri Asean kongsi pengurusan bencana di Brunei

PUTRAJAYA – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri Asean Ke-12 Mengenai Pengurusan Bencana (AMMDM) ke-12 yang berlangsung pada Rabu di Brunei selama tiga hari.

Pejabat Timbalan Perdana Menteri berkata, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara, diiringi Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), Datuk Khairul Shahril Idrus.

“Pertemuan ini berfungsi sebagai forum untuk bertukar-tukar pandangan mengenai isu-isu strategik dan semasa.

“Ia juga membincangkan kemajuan dan status program dan aktiviti yang berterusan di bawah Perjanjian Asean mengenai Pengurusan Bencana dan Tindak Balas Kecemasan (AADMER) 2021-2025,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah kenyataan itu, mesyuarat itu akan melibatkan wakil dari negara anggota Asean yang terlibat secara langsung dalam pengurusan risiko bencana di negara masing-masing.

Katanya, Ahmad Zahid juga akan menghadiri beberapa mesyuarat lain dengan rakan dialog, seperti AMMDM Plus China keempat, AMMDM Plus Jepun keempat, dan AMMDM Plus Korea Selatan ketiga.

Timbalan Perdana Menteri dijadual menyampaikan Kenyataan Menteri pada Khamis mengenai inisiatif, pelaksanaan, kejayaan dan cabaran dalam pengurusan bencana dan pengurangan risiko melalui pendekatan Malaysia.

“Pada sebelah malamnya, Timbalan Perdana Menteri dijangka mengambil peluang untuk bertemu dengan rakyat Malaysia yang menetap di Brunei semasa majlis makan malam,” tambah kenyataan itu.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri, bersama wakil Asean lain, akan menghadiri acara memperingati Ulang Tahun ke-20 Tsunami Lautan Hindi dan Hari Pengurusan Bencana Asean 2024 di Taman Mahkota Jubli Emas di Bandar Seri Begawan pada Jumaat.

Related Posts

Pemansuhan AUKU realisasi perjuangan Anwar sejak zaman mahasiswa

PEMANSUHAN Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) disifatkan sebagai realisasi perjuangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sejak beliau menjadi aktivis mahasiswa. Penganalisis politik Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Puad persoal ‘Sijil Audit Bersih’ TH ketika laporan 2017 ada EOM

KUALA LUMPUR – Persoalan mengenai laporan audit Tabung Haji (TH) perlu diperjelaskan secara menyeluruh bagi mengelakkan kekeliruan dan manipulasi politik berhubung penemuan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI), kata Datuk Dr Mohd…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pegawai Daerah perlu proaktif, berani ambil pendekatan baharu – Hajiji

Pegawai Daerah perlu proaktif, berani ambil pendekatan baharu – Hajiji

Hampir RM1 bilion diperuntukkan untuk tiga sektor utama Sabah

Hampir RM1 bilion diperuntukkan untuk tiga sektor utama Sabah

Pemansuhan AUKU realisasi perjuangan Anwar sejak zaman mahasiswa

Pemansuhan AUKU realisasi perjuangan Anwar sejak zaman mahasiswa

Puad persoal ‘Sijil Audit Bersih’ TH ketika laporan 2017 ada EOM

Puad persoal ‘Sijil Audit Bersih’ TH ketika laporan 2017 ada EOM

MPAJ keluarkan 24 kompaun dalam operasi cegah denggi

MPAJ keluarkan 24 kompaun dalam operasi cegah denggi

Kasihnya Warisan rangkul RM10,000, dinobat Raja Sungai Pesta N58 Balingian

Kasihnya Warisan rangkul RM10,000, dinobat Raja Sungai Pesta N58 Balingian