Polis buru suspek baling mercun cetus kebakaran

KUCHING – Polis sedang memburu suspek yang dipercayai terlibat dalam satu kejadian kebakaran di sebuah premis hiburan di Jalan Stutong pada 21 Oktober lalu.

Menurut kenyataan Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Mohd Farhan Lee Abdullah, siasatan awal mendapati lima suspek lelaki tidak dikenali memecahkan barangan di dalam premis tersebut menggunakan kayu sebelum membaling mercun bola.

Difahamkan kerugian tersebut dianggarkan sekitar RM97,000 angkara perbuatan khianat sehingga menyebabkan kebakaran premis hiburan tersebut.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan (khianat dengan api), yang membawa hukuman penjara sehingga 7 tahun dan denda, serta Seksyen 427 Kanun Keseksaan (khianat menyebabkan kerugian lebih RM25), yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Pihak polis juga meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi IPD Kuching di talian 082-24444 atau Pegawai Penyiasat Kes, ASP Joshua Masing di talian 017-9542048.

Related Posts

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

KOTA KINABALU – Sabah menjadi tuan rumah Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada 11 September 2026.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Nahas helikopter Long Lellang: Hentikan spekulasi, hormati privasi keluarga mangsa

MIRI – Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Hanifah Hajar Taib menyeru orang ramai agar menghentikan sebarang penyebaran spekulasi berhubung tragedi nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) di Long Lellang, khususnya yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

  • By Ithma
  • September 10, 2026
Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula