Polis berjaya pintas penyeludupan migran, dadah

PADANG BESAR – Polis Padang Besar berjaya mematahkan cubaan penyeludupan migran awal pagi semalam apabila lapan pendatang asing tanpa izin (PATI) ditemui bersesak dalam sebuah kereta Proton Saga BLM di Titi Tinggi, di sini awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Asisten Komisioner Mohd Shokri Abdullah berkata, serbuan dilakukan oleh dua anggota MPV Khas Kaki Bukit (PS75) sekitar jam 2.20 pagi selepas mengesan kenderaan tersebut yang berada dalam keadaan mencurigakan.

“Selepas mengesan kenderaan itu, pihak polis bertindak mengekori dan menahan motokar terbabit di Jalan Kangar-Padang Besar berhampiran Bukit Manik.

“Hasil pemeriksaan mendapati seorang lelaki warga tempatan bertindak sebagai tekong manakala lapan warganegara asing yang disyaki PATI berada di dalam kenderaan tersebut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambah beliau, semua PATI gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri yang sah untuk memasuki Malaysia dan mereka dipercayai memasuki negara ini melalui laluan tikus di pagar sempadan Malaysia-Thailand.

“Pemeriksaan lanjut terhadap lelaki tempatan itu mendapati terdapat satu peket plastik lutsinar berisi dadah jenis syabu seberat 0.45 gram dalam beg silang miliknya.

“Lelaki berusia 24 tahun tersebut juga mengaku menerima arahan daripada seorang ejen tempatan untuk membawa kesemua PATI dari kawasan Ladang Kenaf, Padang Besar, Perlis,” jelas Mohd. Shokri.

Kesemua PATI berusia antara 20 hingga 38 tahun dipercayai memasuki negara ini dengan tujuan bekerja di beberapa lokasi di negeri jiran.

Lelaki yang bertindak sebagai tekong itu kini ditahan reman selama 28 hari di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma), manakala PATI terbabit direman 14 hari di bawah Akta Imigresen 1959/63.

Kes sedang disiasat mengikut Seksyen 26A Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (Atipsom) 2007 dan Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Related Posts

Kolaborasi Tourism Malaysia dan Cats FM rancakkan pelancongan Sarawak

KUCHING – Tourism Malaysia dengan kerjasama stesen radio Cats FM sukses menganjurkan program Miss SHOPhia Shopping Hunt 2026 bagi mempromosikan pelancongan domestik dan merancakkan sektor peruncitan di Sarawak.   Program interaktif…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sibu Economic Zone bakal ditubuhkan, RM1.5 bilion dana permulaan

SIBU – Sebuah badan khas dikenali sebagai Sibu Economic Zone bakal ditubuhkan dengan dana permulaan sebanyak RM1.5 bilion bagi memperkukuh pertumbuhan ekonomi Sibu dan zon tengah Sarawak. Premier Sarawak, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bellingham sumbat 2 gol penting, bawa England ke separuh akhir

Bellingham sumbat 2 gol penting, bawa England ke separuh akhir

Anwar ucap tahniah kepada BN, jamin pembangunan Johor kekal jadi keutamaan

Anwar ucap tahniah kepada BN, jamin pembangunan Johor kekal jadi keutamaan

BN peroleh majoriti mudah, bentuk Kerajaan Negeri Johor – SPR

BN peroleh majoriti mudah, bentuk Kerajaan Negeri Johor – SPR

PRN Johor: BN raih kemenangan, kuasai 48 kerusi DUN

PRN Johor: BN raih kemenangan, kuasai 48 kerusi DUN

Maszlee berjaya tawan DUN Puteri Wangsa

Maszlee berjaya tawan DUN Puteri Wangsa

PRN Johor: PH terima keputusan rakyat hanya menang lapan kerusi

PRN Johor: PH terima keputusan rakyat hanya menang lapan kerusi