MBK mohon taraf Bandar Pintar Tahap 2

KUANTAN – Keputusan pencalonan Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) untuk menerima penarafan Bandar Pintar Tahap 2 akan diketahui 28 Oktober ini.

Selain MBK, lima lagi PBT di Pahang turut menghantar pencalonan bagi penarafan Bandar Pintar Tahap 1 yang akan dinilai dan diputuskan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

PBT itu adalah Majlis Perbandaran Temerloh, Pekan dan Bentong, serta Majlis Daerah Lipis dan Jerantut.

Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Pahang, Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff berkata, perkara itu menunjukkan kesungguhan kerajaan negeri menjadikan konsep gaya hidup pintar dilaksanakan dan dinikmati rakyat di negeri ini.

“Bagi menjayakan pembentukan ‘Bandar Pintar’… penerapan tujuh komponen perlu dilaksanakan dalam perancangan pembangunan.

“Sebanyak tujuh komponen pembangunan bandar pintar merangkumi antaranya kerajaan pintar dan kehidupan pintar untuk memudahkan urusan harian penduduk di kawasan PBT berkenaan,” katanya selepas merasmikan Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia Peringkat Pahang, di sini, hari ini.

Turut hadir Pengarah PLANMalaysia Pahang, Nik Noraisu Nik Ibrahim.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Mohammad Fakhruddin memaklumkan, aspek penting dalam menjadikan sesuatu kawasan dianggap sebagai ‘Bandar Pintar ‘ adalah berpandukan tahap kemudahan disediakan untuk penduduk dalam menjalani rutin harian mereka.

“Kalau nak jadi ‘Bandar Pintar’ ini, semua urusan dah boleh buat secara dalam talian… nak bayar bil, bayar apa pun… boleh dilakukan dengan mudah, tak perlu beratur untuk membuat pembayaran, tak perlu bersusah payah cari tempat letak kereta dan sebagainya.

“Namun, ini memerlukan masa untuk dilaksanakan sepenuhnya… peruntukan juga banyak kalau nak pastikan ia boleh dicapai.

“Kerajaan Persekutuan juga melihat kepada perkara ini, jadi ada sasaran macam tahun 2040 untuk capai status ‘Bandar Pintar’ itu,” katanya.

Related Posts

Kolaborasi Tourism Malaysia dan Cats FM rancakkan pelancongan Sarawak

KUCHING – Tourism Malaysia dengan kerjasama stesen radio Cats FM sukses menganjurkan program Miss SHOPhia Shopping Hunt 2026 bagi mempromosikan pelancongan domestik dan merancakkan sektor peruncitan di Sarawak.   Program interaktif…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sibu Economic Zone bakal ditubuhkan, RM1.5 bilion dana permulaan

SIBU – Sebuah badan khas dikenali sebagai Sibu Economic Zone bakal ditubuhkan dengan dana permulaan sebanyak RM1.5 bilion bagi memperkukuh pertumbuhan ekonomi Sibu dan zon tengah Sarawak. Premier Sarawak, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar ucap tahniah kepada BN, jamin pembangunan Johor kekal jadi keutamaan

Anwar ucap tahniah kepada BN, jamin pembangunan Johor kekal jadi keutamaan

BN peroleh majoriti mudah, bentuk Kerajaan Negeri Johor – SPR

BN peroleh majoriti mudah, bentuk Kerajaan Negeri Johor – SPR

PRN Johor: BN raih kemenangan, kuasai 48 kerusi DUN

PRN Johor: BN raih kemenangan, kuasai 48 kerusi DUN

Maszlee berjaya tawan DUN Puteri Wangsa

Maszlee berjaya tawan DUN Puteri Wangsa

PRN Johor: PH terima keputusan rakyat hanya menang lapan kerusi

PRN Johor: PH terima keputusan rakyat hanya menang lapan kerusi

BN lepas majoriti mudah bentuk Kerajaan Negeri Johor

BN lepas majoriti mudah bentuk Kerajaan Negeri Johor