Peniaga mengaku tidak bersalah abai arnab peliharaan hingga mati

IPOH – Angkara cuai dalam menyediakan makan dan minum kepada binatang peliharaan sehingga menyebabkan kematian, seorang peniaga dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, pada Selasa.

Tertuduh, Shairazi Jamal Hatun, 43, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di atas pertuduhan tersebut selepas kertas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Azizah Ahmad.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa telah cuai untuk menyediakan makanan dan minuman bagi dua ekor arnab miliknya sehingga menyebabkan seekor daripadanya mati manakala seekor lagi berada dalam keadaan terlalu kurus.

Perbuatan itu didakwa dilakukan tertuduh di dalam kawasan zoo haiwan peliharaan di Jalan Simpang Pulai, Kampung Kepayang, dekat sini, pada jam 11 pagi, 9 Jun tahun lalu.

Berikutan itu, tertuduh didakwa mengikut Subseksyen 29(1)(d) Akta Kebajikan Haiwan 2015 dan boleh dihukum mengikut Subseksyen 29 (1) akta sama.

Jika sabit kesalahan, dia boleh dikenakan hukuman denda antara RM20,000 hingga RM100,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV), Roziman Awang Tahrin, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 28 November depan sebagai sebutan semula kes serta serahan dokumen dan lantikan peguam.

Related Posts

Kolaborasi Tourism Malaysia dan Cats FM rancakkan pelancongan Sarawak

KUCHING – Tourism Malaysia dengan kerjasama stesen radio Cats FM sukses menganjurkan program Miss SHOPhia Shopping Hunt 2026 bagi mempromosikan pelancongan domestik dan merancakkan sektor peruncitan di Sarawak.   Program interaktif…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sibu Economic Zone bakal ditubuhkan, RM1.5 bilion dana permulaan

SIBU – Sebuah badan khas dikenali sebagai Sibu Economic Zone bakal ditubuhkan dengan dana permulaan sebanyak RM1.5 bilion bagi memperkukuh pertumbuhan ekonomi Sibu dan zon tengah Sarawak. Premier Sarawak, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bellingham sumbat 2 gol penting, bawa England ke separuh akhir

Bellingham sumbat 2 gol penting, bawa England ke separuh akhir

Anwar ucap tahniah kepada BN, jamin pembangunan Johor kekal jadi keutamaan

Anwar ucap tahniah kepada BN, jamin pembangunan Johor kekal jadi keutamaan

BN peroleh majoriti mudah, bentuk Kerajaan Negeri Johor – SPR

BN peroleh majoriti mudah, bentuk Kerajaan Negeri Johor – SPR

PRN Johor: BN raih kemenangan, kuasai 48 kerusi DUN

PRN Johor: BN raih kemenangan, kuasai 48 kerusi DUN

Maszlee berjaya tawan DUN Puteri Wangsa

Maszlee berjaya tawan DUN Puteri Wangsa

PRN Johor: PH terima keputusan rakyat hanya menang lapan kerusi

PRN Johor: PH terima keputusan rakyat hanya menang lapan kerusi