MAHB perlu tambah baik semua pintu masuk utama negara

PUTRAJAYA – Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) diminta melaksanakan beberapa penambahbaikan di semua pintu masuk negara sebagai persiapan Malaysia menjadi Pengerusi Asean tahun depan.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, ia selaras arahan Kabinet yang mahu kementerian berkenaan memastikan semua pintu masuk negara bersedia.

Beliau berkata, kerja naik taraf dan penambahbaikan di semua pintu masuk negara, khususnya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) perlu disiapkan sebelum 31 Disember.

“Kita telah minta MAHB untuk ubah suai dan juga naik taraf bilik kenamaan (VIP) umpamanya, kerana kita jangka ramai kenamaan, pemimpin Asean akan memasuki melalui pintu masuk utama, terutama di KLIA Terminal 1.

“Bilik dan laluan VIP ditambah baik dan dinaik taraf. Dalam lapangan terbang sendiri, memang ada banyak penambahbaikan sedang berjalan,” katanya selepas menyaksikan teknologi sokongan darat terkini AirAsia, di Sepang, hari ini.

Loke berkata, Perkhidmatan Penggerak Penumpang Automasi (Aerotrain) juga dijangka beroperasi semula awal Februari tahun depan, sekali gus memantapkan persiapan Kepengerusian Asean.

Laos secara rasmi menyerahkan jawatan Pengerusi Asean kepada Malaysia pada Majlis Penutupan Sidang Kemuncak Asean ke-44 dan ke-45 di Vientiane, awal bulan ini.

Related Posts

Kes 30 warga Malaysia ditahan di Pontianak, PDRM bantu siasatan

PEKAN – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menyiasat penahanan 30 rakyat Malaysia di Pontianak, Kalimantan Barat oleh pihak berkuasa Indonesia kerana disyaki terbabit dalam sindiket penipuan dalam talian. Menteri Dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MCMC siasat laporan operasi manipulasi pilihan raya guna AI Claude

SHAH ALAM – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) ambil maklum laporan syarikat pembangunan kecerdasan buatan (AI), Anthropic berhubung penyalahgunaan model AI Claude. MCMC berkata, perkara yang dinyatakan dalam laporan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan