Rakyat wajar sokong penyasaran subsidi petrol, elak golongan kaya, warga asing bayar murah

KOTA KINABALU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu rakyat memahami dan menyokong usaha Kerajaan Persekutuan berhubung penyasaran subsidi petrol bagi mengelakkan negara terus berbelanja kepada golongan kaya dan warga asing.

“Subsidi ini maknanya kerajaan bantu supaya harga tidak naik agar rakyat tidak susah, tetapi apa yang berlaku adalah golongan kaya dan bukan warganegara juga menikmati subsidi yang dibelanjakan kerajaan sama seperti rakyat biasa.

“Warga asing mereka tidak mempunyai kad pengenalan, tidak membayar cukai kepada negara, orang kaya rumah banglo beberapa buah, untung puluhan juta, orang kaya dalam kalangan 15 peratus teratas bukan M40, bukan pegawai kerajaan, bukan B40, mereka ini golongan kaya campur dengan orang asing menikmati bantuan subsidi kerajaan sebanyak 40 peratus bersamaan RM8 bilion setahun.

“Ini tidak adil kepada 85 peratus rakyat biasa yang layak menikmati subsidi kerajaan.

“Oleh itu sebagai kerajaan pentadbir, kami harus ubah keadaan ini. Disebabkan politik negara sedang stabil, rakyat mula faham, subsidi petrol harus berubah maka rakyat tidak usah bimbang rakyat kekal dengan subsidi petrol RM2.05, biar golongan kaya dan warga asing bayar lebih mengikut harga pasaran,” katanya.

Beliau berucap demikian ketika merasmikan Program Madani Rakyat (PMR) Sayangi Sabah tahun 2024, yang berlangsung di pekarangan Stadium Likas, di sini, pada Sabtu.

Beliau turut menjelaskan, ini untuk mengelakkan salah faham akan usaha kerajaan berkenaan penyasaran subsidi petrol yang dilaksanakan bermula pertengahan tahun lepas.

“Malaysia adalah negara yang masih membayar minyak petrol dengan harga termurah berbanding negara Thailand, Indonesia, Filipina, malah negara pengeluar minyak terbesar Arab Saudi juga lebih tinggi harga daripada negara kita, subsidi ini adalah yang kita laksanakan pada pertengahan tahun lepas bagi membela nasib rakyat.

“Oleh itu kenapa perlu bantah, anda suara yang mewakili golongan kaya atau warga asing atau suara rakyat?

“Jika anda suara rakyat, anda harus sokong usaha kerajaan untuk tidak membebankan rakyat tetapi mengutip harga yang berpatutan daripada golongan kaya dan warga asing kerana jumlah yang dibelanjakan untuk mereka sepatutnya boleh diberikan kepada rakyat yang memerlukan,” katanya.

Related Posts

Isu pemilihan Undang Luak Rembau bermula dari akar umbi, bukan campur tangan Tuanku Muhriz

REMBAU – Isu pemilihan Undang Luak Rembau Ke-22 sebenarnya bermula daripada pertikaian di peringkat akar umbi institusi adat Rembau sendiri dan bukannya berpunca daripada campur tangan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Belanjawan Sarawak 2027: Abang Jo beri bayangan berita gembira, tarif elektrik kekal

MUKAH – Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg memberi bayangan awal bahawa Belanjawan Sarawak 2027 yang bakal dibentangkan pada 12 Oktober depan akan terus mengukuhkan kedudukan kewangan negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Isu pemilihan Undang Luak Rembau bermula dari akar umbi, bukan campur tangan Tuanku Muhriz

Isu pemilihan Undang Luak Rembau bermula dari akar umbi, bukan campur tangan Tuanku Muhriz

Belanjawan Sarawak 2027: Abang Jo beri bayangan berita gembira, tarif elektrik kekal

Belanjawan Sarawak 2027: Abang Jo beri bayangan berita gembira, tarif elektrik kekal

Pewartaan Tanah Rizab Melayu: Pencapaian MADANI, legasi untuk Belanjawan 2027

Pewartaan Tanah Rizab Melayu: Pencapaian MADANI, legasi untuk Belanjawan 2027

Pahang buru bakat baharu sepak takraw, termasuk anak Orang Asli

Pahang buru bakat baharu sepak takraw, termasuk anak Orang Asli

Belanjawan 2027: Kebajikan mahasiswa diberi perhatian – PM

Belanjawan 2027: Kebajikan mahasiswa diberi perhatian – PM

Generasi muda perlu berani bersuara, tolak rasuah dan salah guna kuasa – PM

Generasi muda perlu berani bersuara, tolak rasuah dan salah guna kuasa – PM