Anwar saran Sabah laksana Program Kampung Madani

KOTA KINABALU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyarankan Program Kampung Madani dilaksanakan di negeri Sabah bagi mengenal pasti masalah rakyat sehingga ke peringkat akar umbi.

Anwar berkata, Kabinet Kerajaan Sabah termasuk Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor wajar melaksanakan Program Kampung Angkat Madani yang bertujuan memastikan isu-isu yang berlaku di kawasan kampung pelusuk negeri.

“Sebenarnya saya minta Hajiji fikir satu hal lagi, saya telah laksanakan sistem Kampung Angkat Madani, saya Perdana Menteri, para Menteri, Ketua Setiausaha Negara, Ketua Setiausaha semua pandai-pandai memberi cadangan itu ini, kertas kerja, bentang sana sini.

“Saya kata baik, cuba kamu jaga satu kampung. Saya minta Perdana Menteri, Menteri-menteri dengan Ketua Setiausaha, Ketua Pengarah yang pandai-pandai, tapi ya betul pandai, ambil satu kampung dan jaga kampung itu.

“Bila kita buat begitu kita akan tahu bagaimana keadaan rakyat di bawah. Saya sebutkan masalah di kampung sebagai ‘microcosm’ satu negara, masalah keselamatan ada, ada kes curi, ada budak belia dengan masalah dadah, ada sekolah tercicir, ada tandas sekolah tidak begitu baik, semua ini sudah diperhatikan dan cuba diselesaikan masalah di kampung itu.

“Saya harap kerajaan negeri, bulan depan kalau saya jumpa Datuk Seri Hajiji saya akan tanya kampung mana kampung angkat Hajiji,” katanya ketika berucap merasmikan Program Madani Rakyat (PMR) Sayangi Sabah tahun 2024 di Perkarangan Stadium Likas, Kota Kinabalu pada Sabtu.

Anwar berkata, beliau sendiri telah mencuba melaksanakan Program Kampung Angkat terletak di Bukit Mertajam dan dilihat mampu melihat permasalahan yang timbul.

“Saya sendiri ada kampung angkat, Kampung Cherok Tokun dan rupa-rupanya ada masalah keciciran, masalah dadah, masalah pengangguran, masalah anak-anak yang mahu ke Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) mereka tak tahu perlu ke mana.

“Dari situ semua kita perhatikan, minta seorang bantu dan selesaikan. Katakan 2,000 pegawai kanan telah mula bertindak begitu dan ada kesan, bolehlah kita pilih cara begitu, maknanya pemimpin turun sendiri ke bawah untuk mendapat hasilnya berbeza,” ujarnya.

Related Posts

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

ALOR SETAR – Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) telah menyelesaikan sepenuhnya pembekalan 8,275 tan metrik baja urea bagi kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), lebih awal daripada tempoh ditetapkan. NAFAS memaklumkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

BALING – Taktik sindiket penyelewengan gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi yang memilih lokasi terpencil di sebuah ladang kelapa sawit di Kuala Ketil, di sini gagal apabila kegiatan itu terbongkar pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar