Belanjawan 2025: Warga Tawau bersyukur, STR beri sinar kegembiraan

TAWAU – Peruntukan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang diumumkan kerajaan memberi sinar kegembiraan kepada rakyat Tawau.

Bagi penjaja, Sitti Khadijah Omar, 42, peningkatan STR itu memberi manfaat kerana boleh meringankan beban penerima.

“Alhamdulillah bersyukur juga sebab ada masa kita memang perlu duit macam anak saya setiap minggu perlu duit untuk membeli peralatan sekolah dan lain-lain keperluan.

“Dengan peningkatan STR dan agihan secara bulanan Insya-Allah sangat membantu,” katanya ketika ditemui di Tawau.

Seorang suri rumah, Rozita Mohammad, 46, turut menyambut baik penambahan STR berikutan peningkatan harga barangan yang semakin meningkat.

“Terima kasih pada PM kita sebab dengan agihan secara bulanan, kita boleh mengatur perbelanjaan terutamanya barangan dapur ataupun pembayaran lain seperti pengangkutan anak ke sekolah.

“Tambang sewa kereta anak ke sekolah dari Sungai Tongkang Pulau Sebatik ke Wallace Bay RM70 sebulan dan Alhamdulillah ini dapat membantu,” katanya.

Sementara itu, Dian Fitria, 35, berharap agar kenaikan STR ini tidak mempengaruhi kenaikan harga barang.

“Adalah diharapkan agar peniaga tidak mengambil kesempatan memandangkan STR meningkat, mereka turut menaikkan harga barang terutama bahan mentah dan keperluan asas lain seperti telur, gula dan minyak masak,” ujarnya.

Pada Jumaat, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peningkatan kadar tertinggi STR dan SARA yang disalurkan untuk membantu rakyat.

Related Posts

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

MIRI – Kesemua lima mangsa yang menaiki sebuah helikopter sewa khas bagi Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) disahkan maut selepas pesawat berkenaan terhempas di hujung landasan STOLport Long Lellang pada petang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

KUALA PERLIS – Lapan pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar ditinggalkan di dalam sebuah sampan selepas dua lelaki dipercayai tekong dan awak-awak terjun ke kawasan berlumpur sebelum melarikan diri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar