Pahang rakam terima kasih kepada Belanjawan 2025

KUANTAN – Sekurang-kurangnya enam projek diumumkan dalam Belanjawan 2025 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam adalah bukti komitmen kerajaan Persekutuan untuk menyediakan kemudahan terbaik untuk rakyat Pahang.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, projek itu bakal memberi manfaat kepada rakyat dalam aspek fizikal selain meningkatkan kesejahteraan sosial dan taraf hidup masyarakat secara keseluruhan.

“Saya merakamkan tahniah dan terima kasih kepada Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan atas pembentangan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat bertemakan ‘Membugar Ekonomi, Menjana Perubahan, Mensejahtera Rakyat’.

“Saya mewakili rakyat negeri Pahang amat berbesar hati dan berterima kasih dengan beberapa projek dikhususkan untuk negeri Pahang yang secara langsung memberi kesejahteraan dan kemakmuran kepada rakyat dan negeri ini,” katanya melalui satu kenyataan hari ini.

Wan Rosdy memaklumkan, melalui peruntukan itu, pelbagai projek pembangunan infrastruktur, pendidikan, kesihatan, dan ekonomi dapat diteruskan dan dipertingkatkan.

Katanya, antara projek yang diumumkan bagi negeri Pahang adalah pembinaan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, menambah baik kemudahan di Taman Negara Endau Rompin, pencalonan Unesco untuk Tapak Lombong Bijih Timah Sungai Lembing, projek Tebatan Banjir Berkeutamaan Tinggi membabitkan sungai-sungai di Pahang.

“Selain itu, turut disentuh Perdana Menteri adalah pembinaan dan pembaikan jalan-jalan kampung di daerah Lipis dan pembinaan jalan pintasan Cameron Highlands dengan menaik taraf jalan dari bulatan McDonalds ke persimpangan Berinchang.

“Secara tidak langsung, kerajaan Persekutuan dipimpin Datuk Seri Anwar membuktikan keprihatinan kerajaan terhadap keperluan Pahang sebagai negeri yang luas dengan potensi besar dalam sektor pelancongan, pertanian dan perindustrian,” jelasnya.

Beliau turut menekankan kepentingan kerjasama rapat antara kerajaan negeri dan Persekutuan dalam memastikan semua inisiatif pembangunan dirancang dapat dilaksanakan dengan berkesan dan memberikan impak yang maksimum.

Related Posts

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

IPOH – Pemuda Parti Amanah Perak menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneliti sumber kekayaan yang dikaitkan dengan anak-anak bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

ARAU – Parti Wawasan Negara (Wawasan) terus melebarkan pengaruhnya di Perlis apabila sebahagian besar pimpinan Bersatu Bahagian Arau bersama 10 ketua cawangan mengumumkan keluar parti dan menyertai parti berkenaan. Perkembangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan