RM560 juta demi perkasa sempadan negara

KERAJAAN bersetuju memperuntukkan RM560 juta untuk memperkasa sempadan negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, daripada jumlah itu kerajaan akan membina baharu dan menaik taraf Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di Rantau Panjang dan Bukit Berapit.

“Peruntukan itu juga akan digunakan bagi membina dua pos sempadan baharu di Bantul dan Serudung, Sabah; serta membekalkan badan penguat kuasa dengan teknologi dron dan kecerdasan buatan (AI) untuk meningkatkan capaian kawasan boleh diawasi.

“Selain itu, pembangunan pekan-pekan yang bersempadan dengan Kalimantan, Indonesia dan Selatan Thailand turut diberi keutamaan mencakup penyediaan prasarana asas serba lengkap dengan peruntukan hampir RM1 bilion.

“Ini termasuklah pembinaan jambatan Rantau Panjang ke Golok dan Pengkalan Kubor ke Tumpat dengan kos lebih RM50 juta,” katanya ketika berucap pada pembentangan Belanajwan 2025, hari ini.

Dalam pada itu, Anwar berkata, susulan kekangan bekalan air di kawasan Zon Selamat Sabah Timur (ESSZONE) Sabah, RM5 juta turut disediakan bagi membekalkan air bersih secara hibrid menggunakan air hujan dan air bawah tanah.

Jelasnya, Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia telah ditubuhkan bagi meningkatkan pengurusan keluar masuk sempadan.

“Sebanyak 63 negara telah menggunakan sistem pagar automatik di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

“Kaedah kod QR telah digunakan bagi memeriksa penumpang bas dan pengguna motosikal di pintu masuk utama selatan tanah air, dan ini memendekkan masa pemeriksaan sehingga 40 peratus. RM20 juta disediakan untuk terus memperkasa kawalan pintu masuk negara,” katanya.

Related Posts

MA63 perlu jadi komitmen, dasar nasional – PM

KOTA KINABALU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dijadikan komitmen dan dasar nasional, bukan lagi dilihat sebagai isu sektoral membabitkan Sabah dan Sarawak…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar pengerusi mesyuarat MTPMA63, lawat PPS Kampung Numbak

KOTA KINABALU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) Tahun 2026 di Sabah International Convention Centre (SICC), di sini pagi tadi.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemandu lori didakwa bunuh empat individu dalam kemalangan di LPT

Pemandu lori didakwa bunuh empat individu dalam kemalangan di LPT

Sabah harap isu 40 peratus dapat disegerakan – Hajiji

Sabah harap isu 40 peratus dapat disegerakan – Hajiji

MA63 perlu jadi komitmen, dasar nasional – PM

MA63 perlu jadi komitmen, dasar nasional – PM

MTPMA63: Kerajaan setuju prinsip tambah penyertaan Ahli Parlimen Sabah, Sarawak

MTPMA63: Kerajaan setuju prinsip tambah penyertaan Ahli Parlimen Sabah, Sarawak

Pengibaran Jalur Gemilang manifestasi cinta dan kebanggaan terhadap negara

Pengibaran Jalur Gemilang manifestasi cinta dan kebanggaan terhadap negara

Anwar pengerusi mesyuarat MTPMA63, lawat PPS Kampung Numbak

Anwar pengerusi mesyuarat MTPMA63, lawat PPS Kampung Numbak