Warga asing yang bekerja di Malaysia diwajibkan mencarum kepada KWSP

KERAJAAN bercadang mewajibkan semua warga asing yang bekerja di Malaysia mencarum kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Pada masa ini, caruman kepada KWSP hanya diwajibkan kepada rakyat Malaysia walaupun bukan warganegara boleh mendaftar sebagai ahli.

Dalam pembentangan Belanjawan 2025, Anwar berkata, cadangan caruman wajib pekerja bukan warganegara akan dilaksanakan secara berperingkat.

“Kerajaan komited memberi layanan adil kepada semua pekerja tanpa mengira kewarganegaraan sesuai dengan piawaian antarabangsa,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Sementara itu, Anwar berkata, KWSP sedang mengkaji semula pendekatannya terhadap pemindahan antara generasi bagi membolehkan sebahagian daripada simpanan ahli dipindahkan terus ke dalam akaun KWSP ahli keluarga terdekat.

Related Posts

RCI TH tepat pada masanya, bukan ‘gula-gula politik’ PRN Negeri Sembilan

KUALA PILAH – Dakwaan langkah kerajaan mendedahkan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Lembaga Tabung Haji (TH) bertujuan meraih sokongan pengundi sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, tidak dipersetujui…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jangan jadikan isu institusi diraja sebagai modal kempen pilihan raya – Penganalisis

Jangan jadikan isu institusi diraja sebagai modal kempen pilihan raya – Penganalisis

Bonnie raih pingat pertama negara Sukan Komanwel

Bonnie raih pingat pertama negara Sukan Komanwel

Anwar lulus RM2 juta bantu pendidikan anak India Muslim, tekan penguasaan AI dan teknologi

Anwar lulus RM2 juta bantu pendidikan anak India Muslim, tekan penguasaan AI dan teknologi

Anwar rakam tahniah buat Aliff Rakib

Anwar rakam tahniah buat Aliff Rakib

RCI TH tepat pada masanya, bukan ‘gula-gula politik’ PRN Negeri Sembilan

RCI TH tepat pada masanya, bukan ‘gula-gula politik’ PRN Negeri Sembilan

BN pertaruh manifesto berteraskan sembilan fokus utama

BN pertaruh manifesto berteraskan sembilan fokus utama