RM300 juta diperuntuk tingkatkan keterjaminan makanan

BELANJAWAN 2025 memperuntukkan RM300 juta bagi menjalin kerjasama projek pertanian dengan kerajaan negeri.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata peruntukan tahun depan itu meningkat RM150 juta berbanding tahun ini.

“Antara kelemahan ketara kita, kebergantungan yang tinggi kepada import makanan walhal punyai kesuburan tanah dan kemampuan meningkatkan keterjaminan makanan negara.

“Justeru tahun depan, RM300 juta disediakan bagi menjalin kerjasama projek pertanian dengan kerajaan negeri, menokok berbanding RM150 juta tahun ini.

“Ini antaranya untuk menyokong pengeluaran bawang di Perak, ternakan talapia merah di Pahang dan peningkatan hasil padi di Negeri Sembilan.

“Kerajaan bersama badan swasta akan memanfaat hampir 8,800 ekar tanah terbiar milik lembaga kemajuan wilayah dan agensi rangkaian mereka untuk melaksanakan projek pertanian seperti perusahaan ayam organik dan lembu serta tanaman berkelompok,” katanya ketika pembentangan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat pada Jumaat.

Anwar yang juga Menteri Kewangan memaklumkan, Agrobank menyediakan kemudahan pinjaman RM200 juta kepada pengusaha agromakanan yang menyokong keterjaminan makanan dan pertanian lestari.

“Sejumlah RM27 juta turut disediakan sebagai insentif kepada petani dan penternak untuk meningkatkan ternakan lembu pedaging, ruminan kecil kambing pedaging, kambing tenusu dan bebiri serta pengeluaran bawang tempatan,” bentang beliau.

Terkait industri padi negara Anwar berkata, projek penanaman padi 5 musim 2 Tahun di kawasan MADA Fasa 1 dimulakan melibatkan hampir RM1 bilion dengan keluasan hampir 11 ribu hektar.

“Ini mampu meningkatkan hasil padi sebanyak 15 peratus selain melonjakkan pendapatan 6,100 pesawah sebanyak 43 peratus.

“Pengurusan padi di Sekinchan, Sabak Bernam terbukti menghasilkan padi lebih banyak sehingga 12 tan sehektar. Kerajaan akan memulakan projek rintis bagi memperoleh baja termasuk baja organik mengikut kawasan penanaman padi secara tender terbuka.

“RM65 juta disediakan bagi membangunkan pengairan dan saliran jelapang padi serta meluaskan estet padi Felcra di Sabah dan Sarawak,” katanya.

Kesejahteraan pesawah dan nelayan terus dipelihara katanya, sejumlah RM2.78 bilion disediakan sebagai subsidi, bantuan dan insentif untuk pesawah dan nelayan, meningkat berbanding RM2.6 bilion, kata Anwar.

“Kerajaan bersetuju menaikkan kadar siling bantuan bina baharu atau penempatan semula rumah nelayan kepada RM84,000 berbanding RM56,000 untuk Semenanjung dan RM90,000 berbanding RM68,000 untuk Sabah dan Sarawak,” kata Anwar.

Related Posts

Jangan heret institusi raja dalam percaturan politik – Fadhlina

KUALA LUMPUR – Institusi raja tidak seharusnya diheret ke dalam percaturan politik atau dijadikan medan pertarungan kuasa, tegas Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Fadhlina Sidek. Beliau berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Malaysia-China bukan sekadar diplomasi, hubungan berasaskan kepercayaan – Anwar

HANGZHOU – Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan hubungan Malaysia-China bukan sekadar hubungan diplomatik biasa, sebaliknya berkembang menjadi persahabatan yang berteraskan kepercayaan dan keyakinan. Perdana Menteri berkata, asas berkenaan menjadi antara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sarawak sasar jadi pengeksport idea global, Miri intai pengiktirafan Bandar Kreatif UNESCO

Sarawak sasar jadi pengeksport idea global, Miri intai pengiktirafan Bandar Kreatif UNESCO

Jangan heret institusi raja dalam percaturan politik – Fadhlina

Jangan heret institusi raja dalam percaturan politik – Fadhlina

Malaysia-China bukan sekadar diplomasi, hubungan berasaskan kepercayaan – Anwar

Malaysia-China bukan sekadar diplomasi, hubungan berasaskan kepercayaan – Anwar

Subsidi elektrik Sabah perlu ditambah susulan kenaikan kos diesel

Subsidi elektrik Sabah perlu ditambah susulan kenaikan kos diesel

Pas perlu fikir beban isu UMNO jika mahu bentuk gabungan baharu – Tajuddin

Pas perlu fikir beban isu UMNO jika mahu bentuk gabungan baharu – Tajuddin

Penjawat awam tidak mengaku salah kemuka tuntutan palsu RM29,440

  • By Fatin
  • September 24, 2026
Penjawat awam tidak mengaku salah kemuka tuntutan palsu RM29,440