Laksana Program Jualan Rahmah Madani lebih kerap

KOTA KINABALU – Inisiatif kerajaan melaksanakan Program Jualan Rahmah Madani (PJRM) perlu diadakan dengan lebih kerap.

Demikian rata-rata reaksi rakyat Sabah yang ditemui memberi respon positif berhubung PJRM yang banyak membantu mengurangkan beban kos sara hidup.

Menurut Aisyah Rahman, 40, berkata beliau tidak mahu melepaskan peluang membeli barang keperluan di PJRM kerana harganya jauh lebih murah berbanding harga asal.

“Jauh beza harga sangat murah, contoh Milo harga sekarang baru RM14 kalau biasa RM20 lebih.

“Bagus juga kerajaan buat begini sebab bukan semua orang mampu.

“Dengan ada program ni ada kesempatan untuk golongan B40 macam kami,” katanya ketika ditemui sempena Program Madani Rakyat (PMR) Sayangi Sabah di perkarangan Stadium Likas, pada Jumaat.

Manakala bagi Jenny Sarmila Manoharan, 23, sanggup bertolak seawal pukul empat pagi dari Kuala Penyu untuk merebut peluang yang disediakan kerajaan.

Kata Jenny, inisiatif itu sangat membantu keluarganya kerana dapat berjimat sehingga RM100 sebulan.

“Selalu kalau beli barang dalam RM300 sehingga RM400 tetapi di sini harga jualan lebih murah.

“Ini kesempatan baik untuk kami kurangkan bajet bagi membeli barang-barangan keperluan,” katanya.

Beliau turut berharap agar kerajaan akan mengadakan program seperti ini dengan lebih kerap.

Dalam pada itu, katanya juga sudah merancang awal untuk datang semula pada Sabtu dan Ahad ini ke Program Madani Rakyat kerana banyak aktiviti menarik yang disediakan.

“Esok saya mahu datang lagi untuk melawat pameran dan reruai agensi kerajaan,” katanya.

Jenny turut berterima kasih kepada kerajaan Madani kerana mengadakan aktiviti seperti ini walaupun hanya tiga hari tapi rakyat boleh ambil kesempatan itu untuk mengurangkan kos perbelanjaan pada bulan ini.

Related Posts

Polis nafi dakwaan kes culik wanita di Karak

BENTONG – Polis menafikan dakwaan berlaku kejadian penculikan seorang wanita di hadapan sebuah kedai makan di kawasan Karak di sini seperti yang tular di media sosial baru-baru ini. Ketua Polis…

Lebih lanjut

teruskan membaca
68 rumah terima bantuan awal, rosak akibat kejadian ribut

LIMBANG – Kerajaan Sarawak akan menjalankan penilaian menyeluruh terhadap kerosakan rumah penduduk, bangunan kerajaan dan kemudahan awam yang terjejas akibat kejadian ribut di daerah ini. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Muhasabah, akhlak baik kunci umat Islam tampil sebagai teladan – PM

Muhasabah, akhlak baik kunci umat Islam tampil sebagai teladan – PM

Polis nafi dakwaan kes culik wanita di Karak

Polis nafi dakwaan kes culik wanita di Karak

68 rumah terima bantuan awal, rosak akibat kejadian ribut

68 rumah terima bantuan awal, rosak akibat kejadian ribut

Cadangan audit forensik FELDA akan dibawa ke Kabinet – PM

Cadangan audit forensik FELDA akan dibawa ke Kabinet – PM

Amirudin teliti kerjasama PH-BN hadapi PRN Melaka – Anwar

Amirudin teliti kerjasama PH-BN hadapi PRN Melaka – Anwar

Rejim Israel ragut 21,500 nyawa kanak-kanak, musnahkan 1,077 masjid di Gaza

  • By Siti
  • August 25, 2026
Rejim Israel ragut 21,500 nyawa kanak-kanak, musnahkan 1,077 masjid di Gaza