Air pasang ekstrem: PKOB Lahad Datu diaktifkan

LAHAD DATU – Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Daerah Lahad Datu telah diaktifkan sebagai persiapan awal bagi menghadapi fenomena air pasang tahap ekstrem di daerah ini. 

Pengerusi Jawatankuasa Bencana Daerah, Firuz Idzualdeen @ Benetty Mohd Dzul berkata PKOB diaktifkan susulan pengumuman Jabatan Ukur dan Pemetaan (Jupem) menerusi laman web jabatan itu yang turut menyenaraikan Lahad Datu berdepan air pasang tahap ekstrem. 

“Mereka yang tinggal di kawasan berisiko diharap sentiasa peka dan mengambil langkah berjaga-jaga dan langkah keselamatan yang perlu sebagai persediaan awal sekiranya berlaku sebarang bencana yang berkaitan.

“Orang ramai boleh menghubungi Pusat Bencana Daerah di talian 089-880991 untuk aduan atau mendapatkan maklumat lanjut,” katanya menerusi satu surat pemakluman kepada beberapa Ketua Kampung di Lahad Datu. 

Antara kawasan perkampungan atas air yang berisiko berdepan fenomena air pasang ekstrem adalah Kampung Silam, Kg Air@Puyut, Kg Sabah Baru, Kg Dasar Baru dan Kg Desa Bajau. 

Sementara bagi penempatan atas air di Pulau Sakar yang turut disenaraikan adalah Kg Tanjung Paras, Kg Taruakan dan Kg Lok Bikin. 

Dalam pada itu, sebanyak lima Pusat Penempatan Sementara (PPS) juga sedia untuk dibuka yang boleh menempatkan sehingga 1,000 mangsa iaitu Dewan Masyarakat Tun Mustapha, Dewan Perdana, Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agaseh, Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) Chee Vun dan Stesen Malaysian Palm Oil Board (MPOB) Lahad Datu. 

Terdahulu, Jupem menyenaraikan tiga stesen bakal berlaku kejadian air pasang membabitkan kawasan Pulau Langkawi, Pulau Lakei dan Lahad Datu pada Sabtu ini. 

Selain itu, fenomena air pasang perbani pula turut dijangka berlaku di empat stesen jabatan itu pada esok, iaitu Kukup, Johor Bahru, Tanjung Sedili dan Tawau.

Pada Ahad ini, kejadian sama akan melanda tiga stesen membabitkan Tanjung Gelang, Geting dan Kota Kinabalu.

Labuan dan Cendering juga bakal dilanda kejadian air pasang perbani pada Isnin dan Selasa depan di Bintulu, Miri, Kudat dan Sandakan.

Related Posts

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

ALOR SETAR – Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) telah menyelesaikan sepenuhnya pembekalan 8,275 tan metrik baja urea bagi kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), lebih awal daripada tempoh ditetapkan. NAFAS memaklumkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

BALING – Taktik sindiket penyelewengan gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi yang memilih lokasi terpencil di sebuah ladang kelapa sawit di Kuala Ketil, di sini gagal apabila kegiatan itu terbongkar pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar