JHEAIK tahan 21 individu dipercayai pengikut Syiah

SEKUMPULAN 21 penduduk tempatan dipercayai pengikut fahaman Syiah ditahan dalam operasi membanteras ajaran sesat itu di Kampung Alor Berala, Tobiar dekat Pendang, Kedah, Selasa lalu.

Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK), Syeikh Zainul Mukhtar Abdullah Sirajuddin berkata, operasi itu dijalankan pihaknya dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) hasil maklumat berkaitan satu perhimpunan memperingati hari kelahiran Imam Kesebelas pengikut Syiah, Imam Hasan Al-Askari.

“JHEAIK menerima maklumat terdapat pengikut Syiah akan berkumpul bagi memperingati Maulid Imam Syiah Ke-11, Imam Hasan Al-Askari di kediaman individu dikenali dengan nama Abdullah Hassan… dia didakwa sebagai ketua Syiah di Kedah di Kampung Alor Berala, Tobiar, Pendang.

“Sehubungan itu, JHEAIK bersama PDRM mengadakan Operasi Khas Syiah pada 15 Oktober pada jam 9.50 malam.

“Setelah melakukan pemeriksaan, Pegawai Penguatkuasa Agama (PPA) JHEAIK menahan 21 orang iaitu enam lelaki, sembilan perempuan dan enam kanak-kanak,” katanya.

Syeikh Zainul Mukhtar berkata, pihaknya turut merampas kitab dan barangan yang dipercayai ada kaitan dengan ajaran tersebut.

“Tangkapan membabitkan kanak-kanak berusia tiga hingga 12 tahun, remaja berusia antara 15 hingga 18 tahun dan dewasa antara 33 hingga 77 tahun.

“Mereka dibawa ke Pejabat Agama Daerah Pendang untuk siasatan lanjut,” jelasnya.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 9 dan 12 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Kedah Darul Aman) 2014 kerana menghina atau mengingkari pihak berkuasa agama serta penerbitan agama yang bertentangan dengan hukum syarak.

“Pada 15 Jun 2014, ajaran dan fahaman Syiah diwartakan bercanggah dan menyeleweng dari ajaran pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang menjadi teras pegangan masyarakat Islam khususnya di Kedah,” jelasnya.

Related Posts

Penemuan kedua tulang dalam guni cetus persoalan

KANGAR – Penemuan kedua tulang dipercayai rangka manusia dalam tempoh kira-kira dua minggu di Behor Mali di sini mencetuskan persoalan netizen apabila lokasi baharu itu hanya kira-kira 200 meter dari…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bangunan warisan Georgetown perlu diaudit secara sistematik demi keselamatan

GEORGE TOWN – Audit struktur secara sistematik dan pemeriksaan berkala terhadap bangunan warisan di negeri ini perlu dilaksanakan bagi memastikan keselamatan awam terutama membabitkan premis berusia puluhan hingga ratusan tahun.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kongres Nasional PKR 2026 himpun 5,500 perwakilan, pemerhati di Melaka

Kongres Nasional PKR 2026 himpun 5,500 perwakilan, pemerhati di Melaka

Fahmi anggap ‘Cik Man’ anak seni disegani ramai

Fahmi anggap ‘Cik Man’ anak seni disegani ramai

Harga runcit petrol, diesel tanpa subsidi turun 5 sen seliter

  • By Aden
  • August 5, 2026
Harga runcit petrol, diesel tanpa subsidi turun 5 sen seliter

Penemuan kedua tulang dalam guni cetus persoalan

Penemuan kedua tulang dalam guni cetus persoalan

Cik Man meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung

Cik Man meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung

Kerajaan percepat proses 15,000 permohonan pekerja asing bantu sektor ekonomi

Kerajaan percepat proses 15,000 permohonan pekerja asing bantu sektor ekonomi