Fahmi anggap ‘Cik Man’ anak seni disegani ramai

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil menzahirkan ucapan takziah atas pemergian pelakon veteran, Kamarozaman Yusoff atau lebih dikenali sebagai Cik Man yang meninggal dunia petang Rabu.

Menerusi hantaran di Facebook, Fahmi berkata peminat filem Melayu khususnya era 1980-an pasti tidak dapat melupakan watak Farouk menerusi filem Gila-Gila Remaja yang dilakonkan Allahyarham sehingga nama watak itu terus terpahat di hati peminat.

“Allahyarham adalah anak seni yang amat disegani, bukan sahaja dalam industri lakonan, malah oleh seluruh pencinta seni tanah air.

“Terima kasih Farouk/Cik Man kerana telah mewarnai dunia seni dan mencipta begitu banyak kenangan indah buat generasi demi generasi. Jasa, sumbangan dan karyamu akan terus hidup dalam ingatan kami,” katanya lapor Bernama.

Fahmi turut mendoakan agar Allah SWT mengampunkan segala dosa Allahyarham, mencucuri rahmat ke atas rohnya dan menempatkannya dalam kalangan orang beriman.

Terdahulu, media melaporkan Kamarozaman yang turut dikenali sebagai Cik Man meninggal dunia.

Allahyarham mula dikenali menerusi watak antagonis ikonik ketua Kumpulan Gagak Hitam dalam filem klasik Malaysia Gila-Gila Remaja pada 1986, filem komedi Hantu Kak Limah Balik Rumah (2010) arahan Allahyarham Mamat Khalid serta beberapa filem lain.

Related Posts

Marsha akui sukar beri markah, peserta mula hilang momentum

KOTA KINABALU – Perbezaan tahap pengalaman dan kemampuan peserta Borneo Rising memberi cabaran kepada barisan juri untuk membuat penilaian secara adil. Juri tetap program itu, Marsha Milan berkata, sebahagian peserta…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sepilok Jazz 2026 berpotensi angkat Sandakan sebagai destinasi pelancongan antarabangsa

SANDAKAN – Festival Sepilok Jazz 2026 dilihat berpotensi menjadi antara produk pelancongan antarabangsa yang mampu mengangkat nama daerah ini sebagai destinasi pelancongan berasaskan muzik, budaya dan alam semula jadi. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pelaksanaan MA63 terus diperkasa sebagai agenda nasional – Mustapha

  • By Ezmie
  • September 16, 2026
Pelaksanaan MA63 terus diperkasa sebagai agenda nasional – Mustapha

Netizen bangga PMX tidak ‘termakan’ soalan provokasi isu Gaza, Israel

Netizen bangga PMX tidak ‘termakan’ soalan provokasi isu Gaza, Israel

PRU16: Demi rakyat atau elak lebih ramai pemimpin UMNO didakwa rasuah?

PRU16: Demi rakyat atau elak lebih ramai pemimpin UMNO didakwa rasuah?

Lima ditahan ganggu tugas penguat kuasa di Tasek Bera

Lima ditahan ganggu tugas penguat kuasa di Tasek Bera

Anwar tegaskan Malaysia tidak jadi laluan kargo sokong operasi ketenteraan Israel

Anwar tegaskan Malaysia tidak jadi laluan kargo sokong operasi ketenteraan Israel

AMK Miri tuntut UMNO bertanggungjawab, tidak normalisasi penghinaan agama

AMK Miri tuntut UMNO bertanggungjawab, tidak normalisasi penghinaan agama