Tak sampai lima minit dapat helmet baharu – Pengunjung Program Madani Rakyat Sayangi Sabah

KOTA KINABALU – “Tidak sampai lima minit bah, saya dapat helmet baharu.”

Demikian reaksi penunggang p-hailing, Anuar Ludayan, 32, yang memuji tempoh proses yang cepat penukaran helmet percuma di khemah Program Penukaran Helmet Baharu, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Aktiviti tersebut antara pengisian menarik sempena Program Madani Rakyat (PMR) Sayangi Sabah 2024 yang bermula di Kompleks Sukan Likas pada Jumaat sehingga Ahad ini.

Kongsi Anuar, ramai rakannya banyak berkongsi maklumat mengenai program tersebut.

“Lagipun memang helmet saya dah buruk jadi saya ambil peluang ini untuk tukar helmet baharu yang ada cap Sirim.

“Bagus ada perkhidmatan seperti ini,” katanya.

Pada masa sama, Nurfaridah Maruji, 42, turut mengakui proses penukaran helmet baharu itu sangat cemerlang.

Nurfaridah dan anaknya dari Kampung Taman Rose Jaya, Papar hadir di sini semata-mata mahu menukar helmet baharu dengan percuma.

Bagi penunggang p-hailing pula, Syelvinus Joseph, 40, turut merebut kesempatan menukar helmet baharu percuma.

Katanya, prosesnya mudah saja dengan syarat hanya bawa kad pengenalan dan helmet lama.

Manakala bagi Hamidah Kandar, 54, ditemani anak perempuannya, Siti Nurhazira Muhd Noor, 20, turut ambil peluang itu untuk menukar helmet bapanya yang sudah usang.

Beliau memuji inisiatif tersebut yang bermanfaat kepada rakyat.

Dalam pada itu, Ketua Seksyen Keselamatan Jalan Raya dan Korporat, JPJ Sabah, Madzlan Osmar berkata, sebanyak 5,000 unit helmet akan diagihkan dalam program tiga hari itu.

“Jadi dalam tiga hari ini kita akan buat pertukaran. Dalam satu hari kita dijangka agihkan kira-kira sebanyak 1,400 unit helmet.

“Untuk esok pula, had agihan kita sebanyak 2,000 unit. Itu spesifikasi untuk hari Sabtu sebab PMX datang. Untuk hari Ahad kita ada 1,400 unit untuk diagihkan,” jelasnya ketika ditemui di sini pada Jumaat.

Tambahnya, turut diadakan ‘pocket talk’ di khemah reruai JPJ dan akan mengagihkan 200 unit helmet percuma kepada yang hadir pocket talk pada Ahad.

“Ini tidak perlu pertukaran helmet, kita akan agihkan saja,” katanya lagi.

Sehubungan itu, Madzlan menyeru orang ramai datang khemah Pertukaran Helmet JPJ Negeri Sabah yang akan berlangsung selama tiga hari dan rebut peluang ini untuk mendapatkan helmet yang memenuhi spesifikasi.

Related Posts

Gambar disalah guna, Dr Zaliha nafi ada kaitan penempatan Rohingya

DATUK Seri Dr Zaliha Mustafa menafikan dakwaan bahawa beliau pernah menjemput seorang individu ke majlis perasmian atau pecah tanah bagi penempatan baharu etnik Rohingya. Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‘Hutang ciput’, tetapi rakyat berhak tuntut cerita penuh kewangan Terengganu

KERAJAAN Negeri Terengganu tidak boleh sekadar meraikan penurunan hutang dan peningkatan hasil melalui slogan politik tanpa menjelaskan secara menyeluruh kedudukan kewangan negeri serta manfaat sebenar yang diterima rakyat. Rencana terbaharu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Gambar disalah guna, Dr Zaliha nafi ada kaitan penempatan Rohingya

Gambar disalah guna, Dr Zaliha nafi ada kaitan penempatan Rohingya

‘Hutang ciput’, tetapi rakyat berhak tuntut cerita penuh kewangan Terengganu

‘Hutang ciput’, tetapi rakyat berhak tuntut cerita penuh kewangan Terengganu

Program Sarawakku Sayang Betong tarik 97,225 pengunjung

Program Sarawakku Sayang Betong tarik 97,225 pengunjung

Tidak sokong Pas bukan ukuran iman seseorang – Zuliadin

Tidak sokong Pas bukan ukuran iman seseorang – Zuliadin

Gagal redakan krisis Negeri Sembilan, UMNO berdepan persepsi utamakan politik

Gagal redakan krisis Negeri Sembilan, UMNO berdepan persepsi utamakan politik

New Age Movement: JAKIM tegur, dapatkan penjelasan Marhamah

New Age Movement: JAKIM tegur, dapatkan penjelasan Marhamah