Kongres Nasional PKR 2026 himpun 5,500 perwakilan, pemerhati di Melaka

KUALA LUMPUR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan mengadakan Kongres Nasional Keadilan 2026 di Melaka International Trade Centre (MITC), Ayer Keroh, Melaka pada 15 dan 16 Ogos ini, dengan penyertaan kira-kira 2,500 perwakilan serta 3,000 pemerhati.

Pengarah Kongres Nasional Keadilan 2026, Saifuddin Shafi Muhammad berkata, majlis perasmian dan ucapan dasar kongres akan disampaikan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, manakala persidangan Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Wanita Keadilan akan berlangsung sehari lebih awal.

Menurutnya, tema Memugar Reformasi, Membina MADANI” dipilih sebagai cerminan komitmen parti untuk memperkukuh semula semangat reformasi sebagai teras perjuangan, di samping memastikan agenda tersebut kekal relevan dalam menghadapi cabaran semasa.

Sepanjang kongres berlangsung, perbahasan akan memberi tumpuan kepada isu ekonomi, pendidikan dan politik. Seramai 16 pembahas mewakili sayap parti dan negeri dijadualkan membahaskan ucapan dasar presiden.

“Kongres ini akan menjadi medan memperkukuh komitmen anggota parti dalam mempertahankan integriti, menegakkan keadilan sosial, menyantuni golongan yang memerlukan serta memperkukuh perpaduan masyarakat berbilang kaum,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Saifuddin turut memaklumkan bahawa PKR akan meneruskan tradisi menyampaikan Anugerah Bill Kayong kepada lima keluarga sebagai penghargaan terhadap jasa ahli keluarga mereka yang berkhidmat kepada parti sehingga akhir hayat.

Menurutnya, kongres itu turut dijangka dihadiri beberapa duta asing termasuk dari Amerika Syarikat, China, Jepun dan Australia yang telah mengesahkan penyertaan mereka, selain kehadiran pimpinan parti-parti politik.

Bagi memudahkan urusan perwakilan dan pemerhati, kongres kali ini dijalankan dengan kerjasama beberapa kementerian dan agensi kerajaan termasuk Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Imigresen Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).

Dalam masa sama, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka akan menganjurkan Karnival Rahmah Mega yang dibuka kepada orang ramai sepanjang berlangsungnya kongres.

Saifuddin berharap penganjuran Kongres Nasional Keadilan 2026 mampu mewujudkan momentum baharu ke arah memperkukuh kesepaduan parti serta mencari titik persamaan dalam kalangan pimpinan dan anggota PKR.

Related Posts

PH terbuka penjajaran politik baharu, setiap negeri ada dinamik tersendiri – Fahmi

PAKATAN Harapan (PH) tidak menolak kemungkinan berlaku penjajaran politik baharu susulan dinamika politik semasa yang berbeza mengikut keadaan dan keunikan setiap negeri. Pengarah Komunikasi PH, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pengampunan Najib ubah landskap politik, beri kelebihan kepada PH – Hassan Karim

PENGAMPUNAN bersyarat terhadap Datuk Seri Najib Razak disifatkan memberi ‘bola tanggung’ kepada Pakatan Harapan (PH) untuk berdepan Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16). Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lelaki ditahan disyaki ceroboh, cabul warga China

  • By Fatin
  • September 21, 2026
Lelaki ditahan disyaki ceroboh, cabul warga China

Carrick berdepan tekanan, United hanya seri lawan Fulham

Carrick berdepan tekanan, United hanya seri lawan Fulham

Pekerja warga Indonesia dikhuatiri lemas terjatuh tongkang di Sungai Igan

Pekerja warga Indonesia dikhuatiri lemas terjatuh tongkang di Sungai Igan

Belia Mukah dipersiapkan sebagai pelapis kepimpinan masa depan

Belia Mukah dipersiapkan sebagai pelapis kepimpinan masa depan

City rampas puncak liga, tewaskan Sunderland 5-3

City rampas puncak liga, tewaskan Sunderland 5-3

Tuanku Muhriz tarik balik perkenan, batal semua pelantikan Exco

Tuanku Muhriz tarik balik perkenan, batal semua pelantikan Exco