Adik Zahid masuk Pas tak kudiskan UMNO – Puad

KUALA LUMPUR – UMNO tidak hairan siapa keluar parti sebaliknya parti itu memiliki kekuatan sendiri di bawah naungan Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Puad Zarkashi malah menegaskan penghijrahan adik lelaki kepada Presiden Umno, Datuk Hakim Hamidi daripada parti diterajui abangnya kepada Pas tidak mengkudiskan UMNO memandangkan beliau bukanlah ‘heavyweight’.

“UMNO tidak hairan Hakim masuk Pas. UMNO jalan terus.

“Lagipun, Hakim bukan heavyweight. Mungkin pandai berniaga. Pas jangan lebih sudu dari kuah,” bidas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor itu pada Rabu.

Puad bahkan mendakwa, tidak ada apa dalam Pas baik manis iman, survival politik atau perjuangan Islam.

“UMNO tidak hairan siapa keluar parti. Di bawah Zahid, UMNO punyai ‘bargaining power’ sendiri,” tegas beliau.

Puad berkata demikian mengulas kenyataan Pas bahawa “Hari ini dalam sejarah” bila Hakim Hamidi adik Presiden UMNO sertai Pas.

“Sepatutnya yang lebih layak terima pujian itu ialah Tan Sri Muhammad Muhamad Taib atau Tan Sri Annuar Musa. (Kerana) mereka berdua bekas Naib Presiden dan Setiausaha Agung UMNO.

“Parti lain rileks apabila terima orang baru. Nik Omar Nik Abd Aziz tanding atas tiket Amanah di DUN Cempaka 2018. PRU15 dia bertanding pula di Parlimen Pasir Salak atas tiket PKR.

“Presiden Pas, Datuk Asri Muda jadi ahli UMNO dari 1989 hingga dia meninggal dunia tahun 1992. Datuk Dr Khairuddin Aman Razali bekas ahli Parlimen Kuala Nerus juga menyertai UMNO. Dia bekas Setiausaha Dewan Ulamak Pas dan Menteri Komoditi.

“Mat Tyson (Muhammad Muhamad Taib) kembali kepada UMNO. Kita tunggu Annuar Musa. Apa Pas dapat daripadanya (Annuar). Kalah lagi teruk di Nenggiri,” tempelak Puad lagi.

Semalam, adik Zahid iaitu Hakim Hamidi secara rasmi menyertai Pas sekali gus berpaling daripada parti UMNO yang diterajui abangnya.

Menjelaskan rasional tindakannya meninggalkan UMNO sedangkan beliau adik kepada Timbalan Perdana Menteri Hakim berkata, perubahan UMNO yang mendesak beliau untuk angkat kaki.

“Kini keadaan sudah berubah, UMNO yang dulu menjaga hak Melayu dan agama Islam dengan tegas, kini semakin lemah. Kekuatan Melayu semakin terhakis, dan agama Islam sering kali dipermainkan oleh individu-individu tertentu.

“Saya melihat UMNO sudah tidak lagi seperti zaman saya. Kepercayaan saya pada perjuangan asal UMNO mula pudar.

“Inilah yang membuatkan saya kembali kepada akar perjuangan keluarga saya – kembali kepada Pas,” jelas Hakim dalam kenyataan media.

Beliau bahkan yakin hanya Pas yang masih mampu mempertahankan hak Melayu dan kedaulatan Islam di tanah air ini.

Related Posts

Pakatan Harapan kekal teguh perangi rasuah, salah guna kuasa

KOTA KINABALU – Pakatan Harapan (PH) menegaskan pendiriannya untuk terus menyokong usaha Kerajaan MADANI membanteras rasuah, ketirisan dan salah guna kuasa tanpa berkompromi terhadap mana-mana pihak yang didapati bersalah. Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PH pertahan prinsip, pesalah rasuah perlu jalani hukuman penuh

KUALA LUMPUR – Individu yang disabitkan kesalahan rasuah atau salah guna kuasa, khususnya membabitkan kes berprofil tinggi, perlu menjalani sepenuhnya tempoh hukuman yang ditetapkan mahkamah, tegas Pakatan Harapan (PH). Majlis…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

61 emas disasar, RM3,500 diberi: Atlet Terengganu layak dihargai lebih baik

61 emas disasar, RM3,500 diberi: Atlet Terengganu layak dihargai lebih baik

Kemalangan dua kenderaan di Telupid ragut empat nyawa

  • By Fandi
  • September 9, 2026
Kemalangan dua kenderaan di Telupid ragut empat nyawa

FIFA, AFC pantau pemilihan FAM

FIFA, AFC pantau pemilihan FAM

MB Negeri Sembilan dakwa dipaksa tandatangan Surat Cara, buat laporan polis

MB Negeri Sembilan dakwa dipaksa tandatangan Surat Cara, buat laporan polis

Azeez tidak mengaku salah guna kedudukan dalam TH jadi Pengerusi Putrajaya Perdana

Azeez tidak mengaku salah guna kedudukan dalam TH jadi Pengerusi Putrajaya Perdana

Kerajaan Sarawak salur sumbangan RM100,000 buat keluarga mangsa nahas helikopter

Kerajaan Sarawak salur sumbangan RM100,000 buat keluarga mangsa nahas helikopter