Kerajaan akan kawal harga sayur ‘popular’ menjelang Deepavali – Armizan

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan memastikan bekalan sayur ‘popular’ dikalangan pengguna mencukupi dengan kadar harga munasabah sempena Deepavali ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) bagi mengelakkan potensi kenaikan harga barangan itu.

“Bukan semua sayur kita akan kawal harga, jadi kami akan teliti aspek penawaran dan bekalan sayuran tertentu supaya dapat mengelakkan pergerakan harga keterlaluan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Agroinvest 2024 Sempena Hari Inovasi Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), di Serdang, pada Rabu.

Sementara itu, beliau berkata kementeriannya akan mengumumkan barangan di bawah Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) sempena Deepavali dalam masa terdekat.

Pihaknya ketika ini dalam proses mengenal pasti jenis-jenis barangan yang patut disenaraikan dalam kategori barangan harga kawalan.

“Selepas persetujuan dengan pihak industri sudah diterima dan senarai telah disiapkan baru saya akan umumkan jenis-jenis barangan di bawah harga kawalan kepada umum,” ujarnya.

Related Posts

RCI baharu perlu ditubuh siasat pengurusan, operasi Tabung Haji antara 2021-2025

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) menggesa kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) baharu bagi menyiasat pengurusan dan operasi Lembaga Tabung Haji (TH). Ketika…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penangguhan RCI beri peluang TH laksana syor dicadang, pulihkan organisasi

KUALA LUMPUR – Penangguhan pendedahan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bertujuan memberi peluang kepada Lembaga Tabung Haji (TH) melaksanakan syor yang dicadangkan serta ruang dan masa untuk memulihkan organisasi itu.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Keluar Dewan masuk TikTok, ini ‘level’ Ahli Parlimen pembangkang?

Keluar Dewan masuk TikTok, ini ‘level’ Ahli Parlimen pembangkang?

PPR Ampar Tenang selamat diduduki, KPKT jawab dakwaan

PPR Ampar Tenang selamat diduduki, KPKT jawab dakwaan

SPR sahkan tiada PRK Parlimen Subang

SPR sahkan tiada PRK Parlimen Subang

SADA laksana lawatan penanda aras Program Sarawakku Sayang Bahagian Sarikei