Segerakan projek tebatan banjir

KUANTAN – Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menggesa agar projek tebatan banjir di negeri ini disegerakan demi keselamatan dan keselesaan rakyat.

Baginda bertitah, perkara retorik perlu dikurangkan dan proses pembinaan dipercepatkan.

“Cepatkan proses pembinaan tebatan banjir ini di khususnya di Temerloh dan Sungai Semantan, di Bentong, Lipis dan Kuantan juga harap dapat dipercepatkan.

“Saya dimaklumkan kementerian sudah ada ada projek di beberapa daerah dan saya harap ia dipercepatkan di Sungai Semantan.

“Saya juga berharap sungai-sungai diperdalamkan agar air kurang melimpah,” titah baginda seperti dilapor Sinar Harian.

Sebelum itu, baginda berangkat melawat pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Desa Bakti dekat Temerloh.

Dalam pada itu, Al-Sultan Abdullah mengakui bencana banjir yang berlaku kali ini cepat berbanding tahun sebelumnya.

“Musim tidak menentu dalam perubahan iklim dunia, kita harus sentiasa bersedia, mungkin tahun ini agak cepat sikit dari tahun-tahun dahulu.

“Kita harap habis cepat juga, sama-sama kita doa,” titah baginda.

Selain itu, baginda turut berharap pegawai kerajaan dan mereka yang membantu secara sukarela dapat memberi bantuan sebaik mungkin dan tidak pilih kasih dalam soal memberikan bantuan dan saling membantu di PPS terlibat.

“Dengar nasihat pegawai-pegawai kerajaan dan jangan ingkar khususnya bila tengah malam bila air naik dengan cepat

“Saya juga ingin nasihatkan agar jaga diri juga bila di PPS, jaga kebersihan, jangan cepat naik darah dan menyalahkan mana-mana pihak,” titah baginda.

Related Posts

RTB perlu segera, diperbanyak tangani banjir berulang

TAWAU – Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di daerah ini perlu disegerakan dan diperbanyakkan bagi menangani isu banjir berulang yang semakin membimbangkan khususnya di beberapa kawasan berisiko. Ahli Parlimen Kalabakan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Isu elektrik, telekomunikasi Orang Asli jadi keutamaan calon PH Pertang

JELEBU – Isu kemudahan asas seperti bekalan elektrik dan liputan telekomunikasi di perkampungan Orang Asli akan menjadi antara keutamaan Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pertang, Mohd…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRN Negeri Sembilan: 14 kertas siasatan kesalahan pilihan raya dibuka

PRN Negeri Sembilan: 14 kertas siasatan kesalahan pilihan raya dibuka

Bersatu bakal digugurkan, serah kepada Majlis Tertinggi PN – Samsuri

Bersatu bakal digugurkan, serah kepada Majlis Tertinggi PN – Samsuri

Pas ubah naratif demi politik? Kritikan Zuliadin cetus persoalan tentang konsistensi perjuangan

Pas ubah naratif demi politik? Kritikan Zuliadin cetus persoalan tentang konsistensi perjuangan

RTB perlu segera, diperbanyak tangani banjir berulang

RTB perlu segera, diperbanyak tangani banjir berulang

Isu elektrik, telekomunikasi Orang Asli jadi keutamaan calon PH Pertang

Isu elektrik, telekomunikasi Orang Asli jadi keutamaan calon PH Pertang

Bomba selamat 23 mangsa terperangkap banjir

Bomba selamat 23 mangsa terperangkap banjir