Isteri saksi harimau serang, baham suami

GERIK – Tergamam dan luluh!

Itu yang dilalui dan dirasai oleh seorang isteri apabila dia melihat sendiri suaminya diserang, diseret dan dibaham seekor harimau dalam kejadian di sebuah rumah kongsi di Kilometer 79.2, Jalan Raya Timur–Barat (JRTB) Gerik-Jeli di sini, awal pagi Selasa.

Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata, kejadian dipercayai berlaku antara jam 5 hingga 6 pagi semasa mangsa yang bekerja sebagai pengendali jentera berat berusia 54 tahun keluar ke tandas sebelum isterinya mendengar ngauman harimau.

“Ketika kejadian sekitar 5 pagi, mangsa hendak ke tandas di kawasan rumah kongsi mereka di hutan itu.

“Wanita warga Thailand yang bekerja sebagai tukang masak itu terdengar harimau mengaum dan membuka pintu rumah kongsi mereka sebelum melihat binatang tersebut mengheret suaminya ke semak.

“Pusat kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD Gerik) menerima maklumat kejadian serangan harimau pada jam 8.25 pagi tadi,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Jelas beliau, gerakan mencari yang dilancarkan menemui mayat mangsa dalam keadaan parah pada kaki kiri dan leher jam 12 tengah hari, kira-kira 100 meter dari rumah kongsi mereka.

“Pada hari sama lebih kurang jam 10.30 pagi, Ketua Balai Polis Bersia bersama tiga anggota dibantu pasukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik serta 10 anggota Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) telah ke lokasi kejadian.

“Mangsa ditemui 100 meter dari rumah kongsi yang didiaminya bersama isteri dalam keadaan cedera parah pada bahagian kaki kiri dan leher serta dipercayai telah meninggal dunia,”ujarnya.

Mengulas lanjut, Azizi berkata, mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Unit Forensik Hosital Daerah Gerik bagi proses bedah siasat dan kes diklafikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Terdahulu, media melaporkan Pengarah Perhilitan Perak, Yusoff Shariff mengesahkan penerimaan aduan berhubung seorang lelaki diserang binatang buas di kawasan hutan dekat Bersia, hari ini.

Related Posts

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

KOTA KINABALU – Ketika kanak-kanak lain seusianya bebas bermain tanpa memikirkan apa-apa, satu kejadian ketika berusia empat tahun mengubah kehidupan Nurhadrieyana Paiman.‎‎Insiden tercucuk pensil menyebabkan penglihatan mata kirinya terjejas, sekali…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

KUCHING – Hari Malaysia perlu dijadikan medan muhasabah nasional untuk menilai sejauh mana negara berjaya membina masyarakat yang matang, berwibawa dan berjiwa besar dalam mendepani cabaran semasa. Yang di-Pertua Negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rakyat Malaysia di Yaman diminta kekal di lokasi selamat

Rakyat Malaysia di Yaman diminta kekal di lokasi selamat

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM