Malaysia perkukuh usaha keselamatan siber serantau

PUTRAJAYA – Malaysia selaku Pengerusi Asean bagi 2025, mengesahkan komitmennya untuk memperkukuh integrasi serantau, memerangi ancaman siber, dan mengekalkan peraturan berasaskan multilateralisme di ruang siber, terutama apabila ancaman ini semakin bersifat rentas sempadan.

Menteri Digital, Gobind Singh Deo berkata, Malaysia juga akan memperhebatkan kerjasama, menyelaraskan usaha global, dan meningkatkan kolaborasi dengan rakan dialog ketika kumpulan serantau itu merangka kitaran lima tahun seterusnya bagi Strategi Kerjasama Keselamatan Siber Asean.

“Asean telah meletakkan asas kukuh dengan dua fasa Strategi Kerjasama Keselamatan Siber Asean (2017-2020 dan 2021-2025).

“Kami juga menantikan pelancaran Pasukan Tindak Balas Kecemasan Komputer Serantau Asean (CERT) yang akan memainkan peranan penting dalam memudahkan pertukaran maklumat yang tepat pada masanya dan menyelaraskan tindak balas kolektif serantau terhadap insiden siber,” katanya seperti dilapor Bernama.

Beliau menyampaikan ucaptama di Sidang Kemuncak Minggu Siber Antarabangsa Singapura (SICW), anjuran Agensi Keselamatan Siber Singapura (CSA) semalam.

CERT Serantau Asean bertujuan mempromosi dan memudahkan perkongsian maklumat berkaitan tindak balas insiden siber serta melengkapi usaha operasi CERT kebangsaan di setiap negara anggota, dijangka dilancarkan pada SICW minggu ini.

Related Posts

BDR jimat RM5.98 juta subsidi petrol – KSN

PUTRAJAYA – Malaysia mencatat kemajuan memberangsangkan dalam agenda pendigitalan apabila melonjak ke kedudukan ke-13 dunia bagi faktor Infrastruktur Teknologi dalam laporan Indeks Daya Saing Global 2026 yang diterbitkan oleh Institut…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Syabu tawan Pantai Timur, Pendang catat kes dadah tertinggi

KUALA LUMPUR – Ancaman dadah kekal musuh nombor satu negara, justeru pihak berkuasa terus giat mengambil tindakan daripada pelbagai aspek bagi mengekang masalah itu. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Mesyuarat Menteri Besar, Ketua Menteri perhalusi strategi tangani ketidaktentuan global

Mesyuarat Menteri Besar, Ketua Menteri perhalusi strategi tangani ketidaktentuan global

PRN Johor: Maszlee sahut cabaran debat Onn Hafiz

PRN Johor: Maszlee sahut cabaran debat Onn Hafiz

Warga emas cedera parah ditetak dengan parang di kebun durian

Warga emas cedera parah ditetak dengan parang di kebun durian

BDR jimat RM5.98 juta subsidi petrol – KSN

BDR jimat RM5.98 juta subsidi petrol – KSN

Islam bukan milik mana-mana parti, Pas bukan badan pensijilan ‘Halal’ politik

Islam bukan milik mana-mana parti, Pas bukan badan pensijilan ‘Halal’ politik

Penurunan harga diesel bukti kerajaan prihatin keluhan rakyat

Penurunan harga diesel bukti kerajaan prihatin keluhan rakyat