ECERDC lepasi sasaran pelaburan RM10 bilion

PUTRAJAYA – Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) melepasi pelaburan disasarkan sebanyak RM10 bilion untuk 2024 dengan RM13.3 bilion pelaburan direalisasikan di wilayah itu setakat September 2024.

Pelaburan itu dijangka mewujudkan lebih 8,700 peluang pekerjaan dalam pelbagai industri termasuk pembuatan keluli, petrokimia, produk biojisim dan pelancongan, kata ECERDC.

“Di bawah Pelan Induk ECER 2.0 (EMP 2.0) (2018 – 2025), ECERDC meraih pelaburan direalisasikan berjumlah RM44.4 bilion di Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER), mewakili 90 peratus sasaran RM49 bilion seperti yang ditetapkan dalam EMP 2.0.

“Pelaburan ini telah mewujudkan lebih 69,000 peluang pekerjaan dan 23,000 peluang keusahawanan, memacu pertumbuhan ekonomi yang besar di seluruh rantau ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam masa yang sama, ECERDC telah memudah cara pelaburan komited berjumlah RM58.6 bilion, mewakili 84 peratus sasaran RM70 bilion di bawah EMP 2.0.

Ketua Pegawai Eksekutif ECERDC, Datuk Baidzawi Che Mat berkata, mencapai 90 peratus daripada sasaran RM49 bilion di bawah EMP 2.0 adalah bukti jelas potensi ekonomi yang semakin meningkat di rantau itu.

“Pelaburan yang direalisasikan dan penciptaan pekerjaan telah meningkatkan ekonomi rantau ini dengan ketara.

“Usaha berterusan ECERDC dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) meletakkan Wilayah Pantai Timur sebagai hab pelaburan strategik yang bersedia untuk menarik aliran masuk modal yang tinggi,” katanya selepas mesyuarat majlis ECER kedua bagi 2024 yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Sementara itu, Baidzawi berkata dalam mesyuarat berkenaan, MIDA dan ECERDC memuktamadkan rangka kerja kerjasama yang meningkatkan daya tarikan rantau itu kepada pelabur.

“Sinergi antara MIDA dan ECERDC adalah penting dalam memastikan kelancaran dan kejayaan pemudahcaraan pelaburan di Wilayah Pantai Timur, dari peringkat awal sehingga fasa sokongan selepas pelaburan,” tambah beliau.

Menurut kenyataan itu, ECERDC turut membentangkan pelan pembangunan ECER di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 dari 2026-2030 dalam mesyuarat itu, memfokuskan kepada empat teras strategik utama.

“Empat teras utama, termasuk meningkatkan keterjaminan makanan melalui bakul makanan negara, mencipta destinasi pelancongan baharu seperti Pelancongan Rel ECER, pembangunan industri marin termasuk pembinaan kapal dan pembaikan kapal dan memajukan sektor pembuatan ‘Hard-to-Abate’ (industri yang sukar untuk menurunkan pelepasan gas rumah hijau) seperti keluli, petrokimia dan mineral.

“Inisiatif ini akan disokong oleh pemboleh daya utama seperti Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang berfungsi sebagai jambatan darat antara pantai timur dan barat, mengukuhkan kedudukan strategik Wilayah Pantai Timur sebagai pintu masuk ke China dan Asia Pasifik dengan perluasan pelabuhan dan lapangan terbang untuk meningkatkan perdagangan dan pelancongan,” katanya.

Related Posts

Belanjawan 2027 dijangka lebih berdisiplin, fokus keutamaan ekonomi semasa

KUALA LUMPUR – Kerajaan memberi petunjuk bahawa Belanjawan 2027 akan disusun dengan pendekatan lebih berdisiplin dan berhemat susulan ketidaktentuan ekonomi global ketika ini. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Malaysia kekal nombor satu ekonomi Islam terbaik dunia

PUTRAJAYA – Malaysia mengekalkan daya saing peringkat global dalam pelbagai sektor ekonomi Islam dengan membuktikan keyakinan berterusan masyarakat antarabangsa terhadap kekuatan ekonomi negara. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hak 40 peratus Sabah: Komitmen PMX beri keyakinan baharu kepada Sabah – Joachim

Hak 40 peratus Sabah: Komitmen PMX beri keyakinan baharu kepada Sabah – Joachim

Jungle Food Lab tarikan utama International Week 2026

Jungle Food Lab tarikan utama International Week 2026

Tuntutan 40 peratus hak Sabah: Saya tidak mahu dilihat melengah-lengahkan – Anwar

Tuntutan 40 peratus hak Sabah: Saya tidak mahu dilihat melengah-lengahkan – Anwar

Gangguan bekalan elektrik, Loji Rawatan Air Utara ditutup sementara

Gangguan bekalan elektrik, Loji Rawatan Air Utara ditutup sementara

Malaysia boleh jadi Kota Baca dalam 20 tahun lagi

Malaysia boleh jadi Kota Baca dalam 20 tahun lagi

Penjimatan kerajaan disalur semula kepada rakyat – Anwar

Penjimatan kerajaan disalur semula kepada rakyat – Anwar