Siling stesen minyak runtuh hempap enam kenderaan

KINABATANGAN – Sebuah stesen minyak Petronas di Batu 8, Bukit Garam mengalami insiden siling runtuh di sini pada Isnin.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan, Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Nurul Azlan Shah Jamalludin, runtuhan pada siling stesen minyak itu telah menghempap enam buah kenderaan.

Jelas beliau, kejadian tersebut dilaporkan melalui panggilan kecemasan MERS999 pada pukul 4.47 petang.

“Antara kenderaan yang terlibat adalah Perodua Alza, Perodua Myvi, Toyota Vigo, Proton Exora, Proton X-70 dan Isuzu D-max.

“Seramai tujuh anggota bersama dua jentera bergegas ke lokasi yang terletak enam kilometer dari balai bomba berkenaan.

“Tiada mangsa yang dilaporkan terlibat dalam insiden ini,” jelasnya.

Seterusnya pasukan Bomba telah bertindak mengalihkan siling yang runtuh ke tempat selamat dan operasi ditamatkan pada pukul 6.59 petang setelah keadaan dipastikan selamat.

Related Posts

10 pengunjung terjejas, Sunway Lagoon tampil beri penjelasan

SHAH ALAM – ‘Keselamatan dan kesejahteraan pengunjung adalah keutamaan kami’, demikian penegasan Taman Tema Sunway selepas mengesahkan insiden membabitkan sebuah tarikan di Sunway Lagoon pada 22 Ogos lalu yang melibatkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lima lelaki ditahan, hampir 200kg daun ketum dirampas

IPOH – Kegiatan memiliki dan menyimpan daun ketum serta air minuman itu membawa padah apabila lima lelaki tempatan ditahan dalam dua serbuan berasingan di Kerian dan Hilir Perak, pada Isnin…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Akta e-dagang baharu perlu disegerakan demi lindungi peniaga tempatan – Fuziah

Akta e-dagang baharu perlu disegerakan demi lindungi peniaga tempatan – Fuziah

Dapatan RCI Tabung Haji: Jangan kelirukan rakyat

Dapatan RCI Tabung Haji: Jangan kelirukan rakyat

10 pengunjung terjejas, Sunway Lagoon tampil beri penjelasan

10 pengunjung terjejas, Sunway Lagoon tampil beri penjelasan

Jangan politikkan Tabung Haji tetapi siapa pula menubuhkan RCI? – Mahfuz

Jangan politikkan Tabung Haji tetapi siapa pula menubuhkan RCI? – Mahfuz

Lima lelaki ditahan, hampir 200kg daun ketum dirampas

Lima lelaki ditahan, hampir 200kg daun ketum dirampas

Lelaki hilang cari lembu dalam Hutan Simpan Sementah ditemukan selamat

Lelaki hilang cari lembu dalam Hutan Simpan Sementah ditemukan selamat