Saintis UMS terima dua pengiktirafan serentak ‘Malaysia Book of Records’

KOTA KINABALU – Saintis dari Universiti Malaysia Sabah (UMS), Profesor Dr Justin Sentian menerima dua pengiktirafan serentak dalam ‘Malaysia Book of Records’ apabila melakar sejarah menjadi rakyat Malaysia pertama menjalankan ekspedisi penyelidikan pada musim sejuk dengan cuaca ekstrem di Antartika.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, pencapaian Prof Justin merupakan sesuatu yang menjadi kebanggaan kepada rakyat Malaysia.

“Pencapaian cemerlang Prof Justin yang berjaya merintis perjalanan ke benua Antartika pada musim sejuk sebagai seorang saintis atmosfera Malaysia membangkitkan rasa bangga yang tidak terhingga sebagai rakyat Malaysia.

“Pencapaian beliau membolehkannya diberi dua pengiktirafan serentak dalam Malaysia Book of Records, sebagai rakyat Malaysia pertama yang menjalankan penyelidikan pada musim sejuk dengan keadaan cuaca melampau dan juga rakyat Malaysia pertama yang tinggal paling lama di benua Antartika iaitu selama tujuh bulan.

“Majlis ini merupakan satu penghormatan yang istimewa kerana dapat meraikan pencapaian luar biasa yang memberi pengiktirafan kepada negeri Sabah,” katanya di Majlis Penganugerahan The Malaysia Book of Record Program Penyelidikan Musim Sejuk di Antartika di sini pada Isnin.

Teks ucapannya dibaca oleh Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Ellron Alfred Angin.

Katanya, pengiktirafan juga diberikan kepada Yayasan Penyelidikan Antartika Sultan Mizan (YPASM) sebagai penganjur ekspedisi penyelidikan musim sejuk pertama di benua Antartika atas peranan penting dalam menyokong penyelidikan itu.

“Geran penyelidikan yang dianugerahkan kepada Prof. Justin oleh YPASM sudah tentu telah menyumbang secara signifikan kepada kemajuan ilmu pengetahuan dan pemahaman mengenai Antartika terutama dalam bidang perubahan iklim yang kini merupakan satu isu global yang sangat dibincangkan.

“Pengiktirafan berprestij yang diberikan ini membuktikan bahawa rakyat Malaysia mampu melakukan sesuatu luar daripada kebiasaan.

“Pengiktirafan ini juga membuat seribu satu makna yang antara lainnya melambangkan komitmen dan kerajaan kejayaan kita terhadap kecermelangan dalam inovasi dan penyelidikan saintifik, katanya.

Beliau turut berkata, semangat yang dipamerkan oleh Prof Justin patut dijadikan sebagai teladan bukan sahaja kepada golongan penyelidik tetapi seluruh masyarakat khususnya generasi muda.

Katanya lagi, kecemerlangan program akademik yang ditawarkan di UMS ini adalah bukti bahawa indikasi UMS dalam melahirkan penyelidik dan individu yang cemerlang dalam memberikan impak positif kepada negara dan seluruh rakyat.

Related Posts

Hukuman penjara tunggu ‘mat rempit’ mulai November

KOTA BHARU – Samseng jalanan termasuk mereka yang terlibat dalam kegiatan ‘mat rempit’ bakal berdepan hukuman lebih berat antaranya penjara apabila pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) dikuatkuasakan mulai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tatakelola, penguatkuasaan diperkukuh bendung pencerobohan tanah – PM

KUALA LUMPUR – Kerajaan perlu memperkukuh penguatkuasaan dan mempertahankan amalan tatakelola yang baik bagi mengekang kegiatan pencerobohan tanah tanpa kebenaran. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kegiatan berkenaan tidak…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hukuman penjara tunggu ‘mat rempit’ mulai November

Hukuman penjara tunggu ‘mat rempit’ mulai November

Tatakelola, penguatkuasaan diperkukuh bendung pencerobohan tanah – PM

Tatakelola, penguatkuasaan diperkukuh bendung pencerobohan tanah – PM

Subsidi kerajaan susut 40.1 peratus pada 2025, bantuan kebajikan meningkat 380.8 peratus

Subsidi kerajaan susut 40.1 peratus pada 2025, bantuan kebajikan meningkat 380.8 peratus

Kerjasama Warisan, KDM, STAR diperkukuh di Sepanggar

Kerjasama Warisan, KDM, STAR diperkukuh di Sepanggar

Ahli Parlimen Bandar Kuching gesa reformasi perkhidmatan kesihatan Sabah, Sarawak 

Ahli Parlimen Bandar Kuching gesa reformasi perkhidmatan kesihatan Sabah, Sarawak 

Tiada PRK Petaling Jaya susulan kekosongan kerusi Parlimen – SPR

Tiada PRK Petaling Jaya susulan kekosongan kerusi Parlimen – SPR