Maritim Kudat tahan dua lelaki Indonesia, tarik pukat tunda kurang tiga batu nautika dari pantai

KUDAT – Dua lelaki warga Indonesia berumur lingkungan 40 tahun berjaya ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Zon Kudat kerana menarik pukat kurang tiga batu nautika dari pantai perairan Kudat pada baru-baru ini.

Pengarah Zon Maritim Kudat, Komander Maritim Maurice Grenville Abeyeratne berkata pihaknya telah menahan sebuah bot dikendalikan oleh kedua-dua lelaki itu yang dikesan menarik pukat tunda berhampiran tepi pantai.

“Sekitar pukul 12.45 pagi di kedudukan lebih kurang 2.1 batu nautika timur Tanjung Tagumal Laut, Kudat, sebuah bot dikesan sedang leka menarik pukat tunda.

“Hasil pemeriksaan mendapati bot berkenaan dikendalikan oleh dua individu warganegara Indonesia yang memiliki dokumen pengenalan diri meragukan.

“Pada waktu itu pihaknya sedang menjalankan rondaan OP TIRIS segera digerakkan ke lokasi bagi membuat pemantauan dan hasil pemeriksaan berjaya menahan bot bersama kru dan dibawa ke jeti untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Isnin.

Menurut Maurice, kes akan disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 atas kesalahan menarik pukat kurang tiga batu nautika dari pantai dan Akta Imigresen 1959/1963 kerana disyaki memiliki dokumen pengenalan diri meragukan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan sebarang salah laku atau kegiatan jenayah yang berlaku di laut hendaklah melaporkan kepada Maritim Malaysia di talian 088-611858 (Pusat Operasi Kudat) dan talian kecemasan 999 yang beroperasi 24 jam,” katanya.

Related Posts

Puad persoal ‘Sijil Audit Bersih’ TH ketika laporan 2017 ada EOM

KUALA LUMPUR – Persoalan mengenai laporan audit Tabung Haji (TH) perlu diperjelaskan secara menyeluruh bagi mengelakkan kekeliruan dan manipulasi politik berhubung penemuan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI), kata Datuk Dr Mohd…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan meminda Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535) bagi memperkukuh tatakelola institusi berkenaan serta memastikan amanah umat Islam terus dipelihara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Puad persoal ‘Sijil Audit Bersih’ TH ketika laporan 2017 ada EOM

Puad persoal ‘Sijil Audit Bersih’ TH ketika laporan 2017 ada EOM

MPAJ keluarkan 24 kompaun dalam operasi cegah denggi

MPAJ keluarkan 24 kompaun dalam operasi cegah denggi

Kasihnya Warisan rangkul RM10,000, dinobat Raja Sungai Pesta N58 Balingian

Kasihnya Warisan rangkul RM10,000, dinobat Raja Sungai Pesta N58 Balingian

Bakat kecil hari ini, potensi besar masa depan – Saarani

Bakat kecil hari ini, potensi besar masa depan – Saarani

Regatta Subis@Niah 2026 tawar pelbagai aktiviti, sasar rancakkan pelancongan tempatan

Regatta Subis@Niah 2026 tawar pelbagai aktiviti, sasar rancakkan pelancongan tempatan

Program Hasrat MADANI Jerantut tutup tirai di Kuala Tembeling

Program Hasrat MADANI Jerantut tutup tirai di Kuala Tembeling