Lelaki warga asing ditahan miliki motosikal curi

TAWAU – Seorang lelaki warga asing disyaki memiliki motosikal curi ditahan di kawasan Batu 11, Jalan Apas di sini pada Ahad.

Suspek berusia 22 tahun itu ditahan selepas seorang lelaki berusia 25 tahun membuat laporan polis mengenai kehilangan motosikalnya di pekarangan rumahnya pada 4 Jun lalu.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, suspek ditahan ketika rondaan yang dijalankan oleh anggota tugas Rondaan Bermotosikal (URB) dari Balai Polis Sri Indah (BSI) kira-kira pukul 3.50 petang.

Katanya, sepasukan anggota URB mengesan suspek menunggang motosikal dalam keadaaan mencurigakan.

“Hasil pemeriksaan motosikal tersebut dengan menggunakan alat ‘Mobile Card Acceptance Device’ (MCAD), pihak polis mendapati nombor pendaftaran yang digunakan adalah palsu dan semakan lanjut terhadap nombor enjin motosikal tersebut telah dilaporkan hilang pada 4 Jun lalu.

“Suspek warga asing ditahan untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan,” katanya.

Sementara itu, Jasmin berkata, pihaknya mengingatkan orang ramai agar lebih berhati-hati ketika membeli barangan terpakai dan memastikan asal-usulnya terlebih dahulu.

Related Posts

Harimau belang betina 94kg ditangkap, ganggu ternakan

IPOH – Seekor harimau belang betina seberat 94 kilogram berjaya ditangkap Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak selepas memasuki perangkap yang dipasang berhampiran sebuah kandang lembu di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sebuah SUV terjunam dalam lombong, tiada mangsa ditemukan

IPOH – Sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis BMW X5 yang ditemukan terjunam ke dalam sebuah lombong berhampiran Klinik Desa Kampung Sungai Terap, Batu Gajah, malam Rabu, disahkan tidak melibatkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tok Mat sangkal dakwaan Hamzah, tidak wujud gabungan Perikatan Barisan Nasional

Tok Mat sangkal dakwaan Hamzah, tidak wujud gabungan Perikatan Barisan Nasional

Harimau belang betina 94kg ditangkap, ganggu ternakan

Harimau belang betina 94kg ditangkap, ganggu ternakan

Harga minyak dunia lepasi AS$100 setong

Harga minyak dunia lepasi AS$100 setong

‘Ibarat bercakap dengan batu’, penduduk kecewa tuntutan bina Hospital Gemas diabaikan Ridzuan 

‘Ibarat bercakap dengan batu’, penduduk kecewa tuntutan bina Hospital Gemas diabaikan Ridzuan 

Ucapan penyandang DUN Labu cetus polemik, sentuh pewarisan takhta Negeri Sembilan

Ucapan penyandang DUN Labu cetus polemik, sentuh pewarisan takhta Negeri Sembilan

Pengundi Negeri Sembilan tolak retorik politik, pilih kesinambungan pentadbiran PH

Pengundi Negeri Sembilan tolak retorik politik, pilih kesinambungan pentadbiran PH