Cuepacs Sarawak anjur program CSR di SK Telok Melano

SEMATAN – Baru-baru ini, Cuepacs Gred Sarawak menganjurkan program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) di Sekolah Kebangsaan (SK) Telok Melano.

Porgram CSR yang berlangsung selama tiga hari merupakan aktiviti Cuepacs Gred Sarawak yang disertai oleh 50 peserta dari Cuepacs Sarawak, Kesatuan Bidan dan Jururawat Semenanjung Malaysia.

Selain itu, program ini juga mendapat kerjasama daripada pihak SK TeloK Melano dan Masjid Nurul Naim.

Presiden Presiden Cuepacs Malaysia, Datuk Dr Adnan Mat dalam ucapannya memuji dedikasi yang ditunjukkan oleh guru SK Telok Melano dalam mendidik pelajar di kampung tersebut.

“Difahamkan sekolah ini mempunyai 54 anak murid, tetapi peranan guru menunjukkan dedikasi yang sangat tinggi,” ujar beliau.

Beliau juga tidak lupa peranan guru besar dalam memastikan bilangan pelajar di sekolah tersebut terus stabil.

Selain itu, kata beliau lagi, suasana SK Telok Melano yang begitu indah kerana berdekatan dengan pantai.

Sementara itu, Naib Presiden Cuepacs Gred Sarawak, Zulkiflee Sebli merakamkan penghargaan terima kasih dalam menjayakan program ini.

“Kami sangat berterima kasih atas komitmen pihak sekolah dan masjid atas kerjasama dan komitmen yang begitu tinggi dalam menjayakan program ini,” kata Zulfilee.

Program CSR ini turut mengadakan Soal Bicara SSPA bersama 15 guru besar di Lundu.

Difahamkan Presiden Cuepacs juga terlibat dalam sesi soal jawab dalam memberikan penerangan lebih lanjut mengenai SSPA.

Turut hadir Setiausaha Agung Cuepacs, bdul Rahman Nordin, serta beberapa ahli jawatankuasa tertinggi termasuk Azman Ahmad, Patra Ramli dan Omar Bahrein Unin.

Related Posts

Pegawai Daerah perlu proaktif, berani ambil pendekatan baharu – Hajiji

KENINGAU – Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor mahu Pegawai Daerah dan Pegawai Daerah Kecil sentiasa mengamalkan budaya kerja yang responsif, proaktif dan berintegriti serta berani mengambil pendekatan baharu.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hampir RM1 bilion diperuntukkan untuk tiga sektor utama Sabah

KENINGAU – Kerajaan Sabah memperuntukkan hampir RM1 bilion tahun ini bagi pembangunan sektor pertanian, perindustrian dan pelancongan yang terus menjadi antara pemacu utama pertumbuhan ekonomi negeri. Ketua Menteri Sabah, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pegawai Daerah perlu proaktif, berani ambil pendekatan baharu – Hajiji

Pegawai Daerah perlu proaktif, berani ambil pendekatan baharu – Hajiji

Hampir RM1 bilion diperuntukkan untuk tiga sektor utama Sabah

Hampir RM1 bilion diperuntukkan untuk tiga sektor utama Sabah

Pemansuhan AUKU realisasi perjuangan Anwar sejak zaman mahasiswa

Pemansuhan AUKU realisasi perjuangan Anwar sejak zaman mahasiswa

Puad persoal ‘Sijil Audit Bersih’ TH ketika laporan 2017 ada EOM

Puad persoal ‘Sijil Audit Bersih’ TH ketika laporan 2017 ada EOM

MPAJ keluarkan 24 kompaun dalam operasi cegah denggi

MPAJ keluarkan 24 kompaun dalam operasi cegah denggi

Kasihnya Warisan rangkul RM10,000, dinobat Raja Sungai Pesta N58 Balingian

Kasihnya Warisan rangkul RM10,000, dinobat Raja Sungai Pesta N58 Balingian