Tawaran diskaun saman trafik 50 peratus di Program Madani Rakyat 2024 Sayangi Sabah

KOTA KINABALU – Orang ramai berpeluang menikmati tawaran pengurangan kadar kompaun saman Trafik  sehingga 50 peratus pada Program Madani Rakyat (PMR) 2024 Sayangi Sabah di Perkarangan Kompleks Stadium Likas di sini bermula 18 hingga 20 Oktober ini.

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kontinjen Sabah menerusi hantarannya di Facebook berkata pembayaran hanya boleh dibuat di tapak program, zon lima, tertakluk terma dan syarat bermula pukul 9 pagi hingga 4 petang.

“Orang ramai dijemput hadir mengambil peluang membuat pembayaran saman pada masa yang ditetapkan, ‘Bayar lewat, bayar lebih’,” katanya dalam kenyataan itu pada Isnin.

Sehubungan itu, pelbagai inisiatif dan pengisian menarik disediakan oleh agensi kerajaan untuk semua rakyat sempena Program MADANI Rakyat 2024 Sayangi Sabah termasuk perkhidmatan bergerak, Jualan MADANI, Konsert Sayangi Sabah, ‘Pocket Talk’ dari pelbagai agensi dan jabatan.

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut mengenai program, orang ramai boleh melayari www.malaysiamadani.gov.my.

Related Posts

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

KOTA KINABALU – Sebanyak lapan pelan tindakan sementara (interim) serta dua inisiatif baharu mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Negeri Sabah dalam menangani isu kesesakan di Pelabuhan Kontena Teluk Sapangar (SBCP). Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

KUCHING – Buat julung kalinya, Sarawak Water Sdn Bhd tampil melaksanakan tanggungjawab sosial korporat dengan menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM325,000 kepada pihak Baitulmal Sarawak. Majlis penyerahan yang penuh bermakna itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

Permohonan khas ke IPTA untuk lepasan UEC, tahfiz dibuka hujung Jun

Permohonan khas ke IPTA untuk lepasan UEC, tahfiz dibuka hujung Jun

Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

R&R Engkilili mula operasi, pacu ekonomi komuniti setempat

R&R Engkilili mula operasi, pacu ekonomi komuniti setempat