MBI pasang 2,015 papan tanda larangan buang sampah

Menurut Setiausaha MBI, Munir Ishak, pelbagai inisiatif telah dilaksanakan untuk merealisasikan matlamat menjadikan bandaraya Ipoh Bersih, Selamat dan Bestari.

IPOH – Dalam mendidik penduduk menjadi pembersih, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah memasang sebanyak 2,015 papan tanda larangan membuang sampah di lokasi-lokasi ‘hot spot’ sampah haram di sekitar bandaraya ini sejak tiga tahun lepas.

“Sejak 2021 sehingga September 2024, MBI telah memasang sebanyak 2,015 papan tanda `Dilarang Membuang Sampah’ melibatkan kawasan panas sampah haram yang dikenalpasti.

“Ia sebagai peringatan dan amaran kepada orang ramai supaya tidak mengotori kawasan sama dan buanglah sampah secara betul.

“Pihak MBI telah melaksanakan pelbagai inisiatif untuk merealisasikan matlamat menjadikan bandaraya Ipoh Bersih, Selamat dan Bestari. Oleh itu, masyarakat hendaklah memainkan peranan yang lebih aktif dalam menjayakan misi ini,” katanya.

Beliau ditemui selepas Program Gotong-royong Perdana Perangi Sampah Haram : Perak Bersih dan Sihat (Perak Best) 2024 di Jalan Harilela 1A, Taman Sri Rapat, di sini pada Sabtu.

Ia turut dihadiri Ahli Parlimen Gopeng, Tan Kar Hing; Ahli Majlis MBI, Clr. Puan Zuraidah Zakaria serta Pengarah Kanan dan Ketua Jabatan MBI.

Mengulas lanjut, Munir berkata, MBI menyeru supaya sikap pengotor dan gemar membuang sampah segelintir penduduk diharap berubah dan tidak menjadikan kawasan awam tempat melonggokkan sampah.

“Pada tahun ini terdapat 120 lokasi `hot spot’ sampah haram di seluruh kawasan pentadbiran MBI. Ini kerana usaha yang dilakukan tidak berhasil disebabkan sikap pengotor dan tidak ambil peduli.

“Sehingga bulan September, 6 lokasi sampah haram ini berjaya ditutup. MBI telah menjalankan pelbagai program dan usaha bagi menangani isu pembungan sampah haram ini.

“Oleh itu, masyarakat hendaklah memainkan peranan yang lebih aktif dalam menjayakan misi ini,” ujarnya.

Terdahulu, program Perak Best melibatkan aktiviti pembersihan lokasi sampah haram, pemasangan papan tanda dan penyerahan 567 buah tong sampah 120 liter percuma kepada penduduk Taman Sri Rapat (Fasa 1) dan Medan Lapangan Idaman.

Ini adalah inisiatif Local Agenda 21 iaitu satu program untuk membentuk perkongsian antara pihak berkuasa tempatan, masyarakat dan sektor swasta dalam bekerjasama untuk merancang dan menguruskan kawasan persekitaran ke arah pembangunan mampan dan kualiti hidup yang lebih tinggi.

Pembasmian sampah haram & penjagaan kebersihan persekitaran adalah salah satu agenda di dalam LA21 Perak Best 2024 yang diharapkan menjadi pemangkin kepada masyarakat dalam merealisasikan hasrat menjadikan Ipoh bandaraya bersih dan sejahtera.

“Untuk makluman, MBI juga ada perkhidmatan kutipan sampah kebun dan pukal secara percuma yang telah diperkenalkan mulai tahun 2021.

“Sebanyak 17 lori terbuka dikhaskan untuk menjayakan perkhidmatan ini. Perkhidmatan ini berjalan dengan lancar dan tersusun mengikut jadual yang telah ditetapkan,”tambah Munir lagi.

Semoga program seperti ini akan menjadi titik tolak untuk mencapai hasrat menjadikan Ipoh Bandaraya Bestari Sejahtera dan Perak Sejahtera menjelang 2030.

Related Posts

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

KOTA KINABALU – Kira-kira 250 pelari dari 26 negara dijangka menyertai Mount Kinabalu International Climbathon edisi ke-33 yang akan berlangsung pada 18 Oktober ini, sekali gus mengukuhkan kedudukan Sabah sebagai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

SANDAKAN – Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.0 berlaku di perairan Sandakan, Sabah pada jam 9.11 malam tadi. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi kenyataan di Facebook pada Isnin, memaklumkan gempa itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Imigresen serbu resort terbiar jadi pusat sindiket penipuan antarabangsa

Imigresen serbu resort terbiar jadi pusat sindiket penipuan antarabangsa

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

GRS sasar lebih 15 kerusi Parlimen Sabah pada PRU akan datang

GRS sasar lebih 15 kerusi Parlimen Sabah pada PRU akan datang

Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

  • By Fandi
  • October 6, 2026
Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

Pahang terbuka untuk jumpa bincang dengan wakil Berjaya Hills

Pahang terbuka untuk jumpa bincang dengan wakil Berjaya Hills