Kisah sayu pelajar baharu UPM, perjuangan demi masa depan

Oleh: Hidayatun Nufus (Pelatih UPM)

SERDANG – ‘Andai kata mak tengok video ini, Haikal sangat-sangat rindu mak, pulanglah, pulanglah mak.’

Demikian luah seorang pelajar baharu Universiti Putra Malaysia (UPM), Muhammad Haikal Daniel Mohamad Zainizam, 23, yang mengundang sebak orang ramai selepas videonya tular di media sosial.

Menerusi perkongsian di laman TikTok @TncHepaUpm, Haikal yang merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dengan Kepujian, berasal dari Tanjung Malim Perak, memberanikan diri untuk berkongsi kisah kehidupannya dalam satu sesi bersama pelajar baharu, ‘Majlis Bersama Prof. Dr Arifin Abdu, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA): Segalanya Bermula Di Sini’.

Melihat kepada penampilannya yang tenang dan gembira, tiada siapa menyangka bahawa Haikal menyimpan seribu satu kisah sedih sebelum berjaya menyambung pelajaran di peringkat ijazah.

“Saya dijaga oleh nenek sejak kecil lagi, ayah pula sudah meninggal dunia sewaktu saya berusia 5 tahun manakala mak saya, saya tidak pernah jumpa.

“Mengikut cerita nenek, mak tinggalkan saya masa umur 2 bulan. Andai kata mak tengok video ini, Haikal sangat-sangat rindu. Pulanglah, mak, pulanglah,” ujarnya dalam video tersebut.

Haikal bercerita lanjut, selepas berjaya menamatkan pengajian diploma di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), dia terpaksa bekerja selama dua tahun di Kuala Lumpur untuk mengumpul wang sebelum melanjutkan pelajaran.

“Saya anak orang kampung, orang susah, bukan senang untuk saya sambung belajar malah semasa bekerja, saya selalu ditipu, saya terpaksa menumpang rumah saudara. Terima kasih kepada ibu saudara yang sudi tumpangkan saya.

“Dua tahun saya berjuang cari duit untuk sambung belajar, syukur, UPM memahami kesukaran pelajar baharu seperti kami dan saya harap kisah ini dijadikan teladan kepada kita semua, saya tahu ramai kawan-kawan yang ‘struggle’ dalam hidup,” katanya.

Tambahnya, dia bersyukur apabila pelbagai pihak tampil menghulurkan bantuan dengan menawarkan biasiswa dan membenarkan penangguhan yuran pengajian buat dirinya.

“Syukur saya ditawarkan biasiswa daripada Pusat Zakat Selangor, terima kasih banyak-banyak kepada Datuk Nurul Hidayah, Datuk Zambry (Menteri Pendidikan Tinggi), Dr Asyraf Wajdi, Dr Azimah, dan Prof. Dr Arifin atas perhatian.

“Alhamdulillah, UPM juga beri saya peluang untuk sambung belajar dengan penangguhan yuran sementara sebab duit yang saya ada tidak mencukupi untuk membayar pengajian per semester,” tambahnya.

Kisah Haikal turut menarik perhatian Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) UPM, dan berharap agar kisah itu dapat memberi semangat buat pelajar-pelajar lain.

“Haikal ditinggalkan oleh mak ayah sejak kecil malah hampir diberikan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat, tetapi maksu dan neneknya mengambil tanggungjawab membesarkan beliau untuk menjadi insan berjaya.

“Kepada pelajar-pelajar UPM yang masih mempunyai ibu bapa dan keluarga, jangan sesekali lupa pengorbanan mereka, jadikan azam bermulanya di UPM ini untuk mengejar cita-cita, jangan pernah pudar walaupun sesaat,” katanya.

Related Posts

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PUTRAJAYA – Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi meneliti beberapa perkara yang dibangkitkan pada Kongres Nasional PKR dan Persidangan Kebangsaan DAP. Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatatkan pendapatan pelaburan RM57.50 bilion bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, meningkat 48 peratus berbanding RM38.92 bilion dalam tempoh sama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok