Rekahan pada bahu jalan, penduduk Wang Kelian mohon tindakan segera

PADANG BESAR – Penduduk Kampung Wang Kelian memohon pihak berkaitan mengambil tindakan segera berikutan terdapat rekahan pada permukaan jalan raya di kawasan tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan Wang Kelian, Khairulnizam Mohd. Arif berkata, rekahan tersebut mula dikesan penduduk kira-kira satu minggu lalu.

“Terdapat rekahan sepanjang empat hingga lima meter pada bahu jalan berdekatan tebing bukit selain terdapat rekahan kecil mula terbentuk pada permukaan jalan.

“Lokasi rekahan tersebut terletak kira-kira satu kilometer dari kawasan tumpuan Wang Kelian View Point menghala turun ke kawasan kampung,” katanya di sini hari ini.

Tambahnya laluan tersebut merupakan laluan utama penduduk untuk menjalankan tugasan harian termasuk pergi bekerja atau menghantar anak ke sekolah.

Menurut Khairulnizam, perkara tersebut telah dimaklumkan kepada pengetahuan Jabatan Kerja Raya dan agensi kerajaan itu telah mengambil tindakan meletakkan kon, kanvas dan pembalik cahaya di kawasan terbabit.

“Jalan raya ini juga adalah laluan pintu masuk negara menghubungkan Wang Kelian dan Wang Prachan di wilayah Satun, Thailand dan sering digunakan oleh pelancong dan peniaga.

“Jadi kita mengharapkan agar pihak berkuasa segera mengambil tindakan sewajarnya lebih awal agar isu ini dapat diselesaikan sebaik mungkin bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini,” jelasnya.

Related Posts

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

ALOR SETAR – Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah mencatat sejarah sebagai kerabat diraja pertama yang menjalani dan menamatkan Kursus Asas Penerbangan Helikopter di Kolej Tentera Udara (KTU),…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

LIMBANG – Masyarakat di kawasan perbatasan digesa untuk memainkan peranan proaktif sebagai mata dan telinga kerajaan dengan menyalurkan maklumat berhubung sebarang aktiviti mencurigakan kepada pihak berkuasa. Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP