UMS, Unimas dilantik jalani Kajian Penstabilan Harga Barang Sabah, Sarawak, Labuan

PAPAR – Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) bakal menjalankan kajian enam bulan berkenaan Penstabilan Harga Barang di Sabah, Sarawak serta Wilayah Persekutuan Labuan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, kajian tersebut adalah sebagai langkah jangka panjang menstabilkan harga barangan keperluan terpilih.

Katanya, usaha tersebut selari dengan kerangka Madani dan bertujuan untuk menstabilkan harga barang di seluruh negara.

“Dengan kerjasama Kementerian Perdagangan dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), saya berharap kajian ini membantu untuk pemahaman yang lebih mendalam mengenai perbezaan harga.

“Seterusnya membantu kerajaan merangka dasar yang lebih berkesan dalam menangani isu kos sara hidup yang membebani rakyat,” katanya ketika berucap merasmikan Program Khidmat Masyarakat berteraskan Penyelidikan anjuran UMS di sini pada Jumaat.

Armizan turut bersetuju menggunakan kepakaran dan hasil Penyelidikan UMS dalam membangunkan produk dan perkhidmatan, serta menjalankan kajian yang bermanfaat untuk masyarakat Sabah.

“Kerjasama erat antara kementerian, universiti dan komuniti tempatan adalah kunci memajukan ekonomi setempat dan meningkatkan kesejahteraan rakyat,” katanya.

Sementara itu, Naib Canselor UMS, Profesor Datuk Dr. Kasim Mansor menyatakan komitmen universiti dalam membantu komuniti melalui pelbagai inisiatif penyelidikan dan pembangunan.

“UMS telah berjaya membangunkan sumber bekalan air bersih kepada 50 buah rumah di Pitas menerusi pengerudian air bawah tanah.

“Kualiti dan bekalan air ini dipantau secara berterusan menggunakan teknologi Internet of Things (IoT) untuk memastikan penduduk kampung mendapat akses kepada air bersih yang berterusan,” katanya.

Sehubungan itu beliau turut berkata Papar terkenal dengan pelbagai jenis makanan kering yang mempunyai potensi besar untuk dikembangkan.

“UMS sedia membantu usahawan tempatan meningkatkan kualiti produk melalui penambahbaikan kandungan, pembungkusan, dan strategi pemasaran efektif terutamanya untuk tujuan eksport.

“UMS juga akan membantu usahawan tempatan mendapatkan pensijilan halal yang dapat membuka peluang pasaran lebih luas dan meningkatkan keyakinan pengguna terhadap produk tempatan,” ujarnya.

Pada program sama turut diadakan pameran penyelidikan UMS, termasuk Batik Borneo, VIR Seni, kajian geologi dan sistem pencarian dan perawatan air bawah tanah, penyelidikan berkaitan makanan ternakan ruminan, penyampaian sumbangan Bakul Rahmah, ceramah Asas Perniagaan dan ceramah Penggunaan Teknologi IoT dalam Pemakanan dan Kesihatan Ternakan.

Related Posts

Sebuah SUV terjunam dalam lombong, tiada mangsa ditemukan

IPOH – Sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis BMW X5 yang ditemukan terjunam ke dalam sebuah lombong berhampiran Klinik Desa Kampung Sungai Terap, Batu Gajah, malam Rabu, disahkan tidak melibatkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Presiden PRBS mengaku tidak salah guna jawatan libatkan peruntukan RM2 juta

KOTA KINABALU – Presiden Pertubuhan Rungus Bersatu Sabah (PRBS), Makinsos Nawai, 67, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu atas pertuduhan menggunakan jawatannya bagi mendapatkan peruntukan pembinaan Dewan Kebudayaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Ibarat bercakap dengan batu’, penduduk kecewa tuntutan bina Hospital Gemas diabaikan Ridzuan 

‘Ibarat bercakap dengan batu’, penduduk kecewa tuntutan bina Hospital Gemas diabaikan Ridzuan 

Ucapan penyandang DUN Labu cetus polemik, sentuh pewarisan takhta Negeri Sembilan

Ucapan penyandang DUN Labu cetus polemik, sentuh pewarisan takhta Negeri Sembilan

Pengundi Negeri Sembilan tolak retorik politik, pilih kesinambungan pentadbiran PH

Pengundi Negeri Sembilan tolak retorik politik, pilih kesinambungan pentadbiran PH

Laporan RCI TH perlu didedah segera, rakyat ada hak tahu kebenaran

Laporan RCI TH perlu didedah segera, rakyat ada hak tahu kebenaran

PH tawar kestabilan, BN masih cari formula kemenangan – Ustaz Shahir

PH tawar kestabilan, BN masih cari formula kemenangan – Ustaz Shahir

TH raih dua anugerah berprestij pengurusan hartanah

TH raih dua anugerah berprestij pengurusan hartanah